Tarikh : 27 April 2018 ( Jumaat )

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Perpustakaan Desa Masjid Kg. Datuk

Peserta : 100 Orang

Tujuan :- Program ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat sekitar pendalaman untuk berurusan dengan pihak JPJ tanpa beratur panjang dan membuang masa dalam perjalanan untuk menuju ke bandar bagi menyelesaikan sesuatu urusan dengan pihak JPJ. Pelbagai perkhidmatan disediakan bagi memudahkan masyarakat setempat dan ada sesetengah perkhidmatan disediakan secara percuma tanpa sebarang caj.

Aktiviti :-

- Pendaftaran skuad muda JPJ

- Pemeriksaan motosikal tamat tempoh melebihi setahun secra percuma

- Perbaharui cukai jalan Lesen kenderaan motor

- Pameran Jabatan

- Pemeriksaan Kasihatan secara percuma oleh Pusat Internet

- Taklimat Klik Dengan Bijak.

Gambar Di Sini


Tarikh : 24 April 2018 (Selasa)

Masa : 11.00 Pagi Hingga 1.00 Tengahari

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Perik

Jumlah Peserta : 196 Orang

Tujuan :- Program yang terdiri dari tahap 1 dan 2, ini merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Perik iaitu bermula dari pra sekolah hingga darjah 6. Program yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai bahaya penyalahgunaan IT sekiranya tidak dibendung di peringkat awal. Pelbagai maklumat dan pengajaran disalurkan oleh petugas Pusat Internet kepada warga sekolah termasuk guru-guru dan kakitangan pentadbiran sekolah. Di akhir program, semua warga sekolah berikrar untuk tidak menyalahgunakan internet dan akan sentiasa mengamalkan Klik dengan Bijak.

Aktiviti :-

- Taklimat Klik Dengan Bijak

- Kuiz & Teka Teki

- Tayangan Video KDB & Senaman Otak

- Latihan dalam Kumpulan ( LDK)

- Ikrar KDB oleh warga Sekolah

Gambar Di Sini

Tarikh : 09 April 2018 ( Isnin )

Masa : 9.00 Pagi Hingga 6 Petang

Tempat : Institut Kemahiran Belia Negara Naka ( IKBN Naka )

Peserta : 200 Orang

Tujuan :-  Dirasmikan oleh Ybhg Dato Lokman Hakim Bin Ali iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan bersama YB Kama Noriah Bt Ibrahim menyempurnakan majlis perlancaran inkubator Teknologi pemprosesan makanan Zon Utara di IKBN Naka, inkubator dengan peralatan canggih bagi Teknologi Pemprosesan Makanan adalah yang pertama seumpamanya di zon utara dan ini menjadikan IKBN Naka sebagai peneraju hab latihan dan Inkubator Teknologi Pemprosesan Makanan di koridor utara. Sempena majlis tersebut, sebanyak lima nota persefahaman telah dimeterai antara KBS dengan Syarikat Otai Group, Aishah Food Industries, Iman Kasih Resources Ezy Food dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kedah untuk memastikan hasrat besar KBS dalam menjayakan halatuju Inkubator mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dan pengajar mengikuti latihan dengan situasi sebenar seperti di industri melalui latihan berbentuk training cum production.

Aktiviti :-

- Pameran TVET hasil kreativiti pelajar IKBN

- Gerai Jualan Usahawan tempatan

- Derma Darah

- Service Air Cond kereta - percuma

- Service Motor - percuma

- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

- Jamuan Rakyat

- Pertandingan Futsal

Gambar di Sini

Tarikh   : 16 April 2018

Masa     : 3.00 Petang Hingga 6.00 Petang

Tempat : Perpustakaan Desa Kampung Barokhas, Kuala Nerang.

Peserta : 26 Orang Pelajar Sekolah

Tujuan :-

Peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah ini diberi pendedahan mengenai Kemahiran dan aktiviti  Literasi Maklumat. Pendedahan ini bertujuan untuk menarik minat dan kefahaman belia terhadap kepentingan menguasai kemahiran literasi maklumat dalam kehidupan moden hari ini.

Aktiviti :-

- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan sesi soal jawab.

- Kuiz

- Permainan Kenai diri

- Pilihan Kata Semangat Pendorong  Diri

Gambar Di Sini

Tarikh : 04 April 2018 (Rabu)

Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat : Pusat Sumber An-Nur (Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap)

Peserta : 100 Orang (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan :-

Kem Membaca (KM) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.Tujuan Program ini diwujudkan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah serta menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. Antara Pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah, PI Padang Terap, Perpustakaan Desa Padang Nyior, GPMS Padang Terap dan SMK Padang Terap.

Aktiviti :-

- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Dan sesi Soal Jawab

- Permainan Pendidikan

- Kuiz

Gambar Di Sini