Tarikh : 25 Jun 2018 ( Isnin )

Masa : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : 2 Orang ( Pelajar Sekolah Menengah )

Tujuan :-

Kelas ini diadakan sempena menjawab soalan peraduan kuiz My health yang berlangsung pada bulan Mei sehingga Ogos 2018.

Aktiviti :-

Menjawab soalan Kuiz, dimana setiap module mempunyai 20 soalan yang akan dikeluarkan mengikut peringkat.

Taklimat Dashboard dan Klik Dengan bijak (KDB) kepada peserta.

Gambar Di Sini

Tarikh : 18 Jun 2018 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan :-

Memberi pendedahan kepada pengguna pusat internet mengenai cara menggunakan aplikasi Poster My Wall dengan pelbagai tujuan, antaranya mencipta kad hari Bapa.

Aktiviti :-

Membuat kad ucapan sempena hari bapa untuk dihadiahkan kepada bapa bagi menghargai pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.

Gambar Di Sini

Tarikh : 07 Jun 2018 / 22 Ramadhan 1439 H

Masa : 12.00 Tgh Hari - 2.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : 23 Orang

 

Tujuan :-

Program 1 jam bersama al-quran yang dijayakan diseluruh dunia ini adalah untuk menjulang al-Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca al-Quran, memahami serta mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian. Pusat Internet Pekan Naka turut mengambil kesempatan ini dengan mengadakan majlis bacaan yasin serta doa selamat bagi tujuan memohon keberkatan petugas dalam menjalankan tugasan seharian dan memohon agar keselamatan petugas dan komuniti setempat sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t.

Aktiviti :-

- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

- Bacaan Yasin

- Doa Selamat

Gambar Di Sini

Tarikh : 09 Jun 2018 ( Sabtu )

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Lubuk Merbau

Peserta : 15 Orang

 

Tujuan :- Untuk mempelajari cara membuat biskut raya yang pelbagai dan menjimatkan kos sekiranya membeli atau menempah di luar harga adalah tinngi.

Aktiviti :- Membuat adunan dan menyiapkan biskut raya.

Gambar Di Sini

Tarikh : 06 Jun 2018

Masa: 10.00 pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Musa

Peserta : 11 Orang

Tujuan :Tujuan Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara untuk membuat pasaran atas talian seterusnya menjana pendapatan peserta. Kursus adalah percuma dan menariknya usahawan tidak memerlukan modal untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti :

- Taklimat Pasaran Atas talian

- Membuat Broucher Perniagaan menggunakan Poster My Wall.

Gambar Di Sini