Tarikh : 01 April 2018 ( Ahad )

Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : 03 Orang

 

Tujuan :-

Pertandingan Dashboard Komuniti bertujuan untuk memastikan aplikasi DK ini sentiasa memberi manfaat kepada pengguna untuk berhubung antara komuniti dan senantiasa digunakan oleh komuniti. Antaranya Module My Shop yang mempromosikan barangan Usahawan PI di Daerah sekitar dan luar kawasan.

Aktiviti :-

Petugas menerangkan kepada peserta mengenai pertandingan DK 2018 dan peserta yang terlibat menjawab soalan yang terdiri daripada Module My Shop. Terdapat 5 Soalan yang berkaitan dengan My Shop. Sebelum menjawab soalan kuiz, Peserta turut diberi taklimat cara untuk memuatnaik produk di My Shop.

Gambar Di Sini

Tarikh : 26 Mac 2018

Masa : 1.45 petang

Tempat :Padang Awam Kampung Chandeng Naka

Pengunjung : 2000 orang 

 

Tujuan : -

Memantau Kebajikan, permasalahan dan kesejahteraan rakyat setempat di sekitar Daerah Padang Terap.

Aktiviti : -

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, disambut oleh Menteri Besar kedah iaitu YB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Ahmad Hanipah dan beberapa Exco kerajaan negeri yang lain. Turut diiringi oleh 1000 penunggang motosikal yang terdiri dari golongan belia di sekitar daerah Padang Terap.

Perdana Menteri sempat mengadakan lawatan di  Sekolah Menengah Kebangsaan Naka.

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 17 Mac 2018

Masa : 10.00 Pagi-11,00 pagi

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Jumlah Peserta : 5 Orang

Tujuan :-

Kelas Poster My Wall yang diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kreativiti peserta dalam penghasilan kad harijadi.

 

Aktiviti :-

Mencipta kad harijadi kepada kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat dengan menggunakan pelbagai Design yang sediaada dalam poster my wall.

Gambar Di Sini

 

Tarikh :25 Mac 2018

Masa : 10.00 Pagi hingga 6.00 Petang

Tempat : KDTC UTC Alor Setar

Peserta : 18 Orang ( Petugas PI )

 

 

Tujuan : -

Disamping tujuan MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi digital, mereka juga turut berusaha untuk menjana pendapatan tambahan komuniti melalui pekerja digital atau pekerja atas talian.

Aktiviti : -

Memberi Taklimat E-Rezeki dan mengajar peserta untuk mendaftar dan membuat akaun E-Rezeki.

Mengajar peserta cara untuk memperoleh pendapatan melalui atas talian dan memberi pendedahan dalam mencari peluang-peluang yang sediaada dalam program E-Rezeki.

Memberi tunjuk ajar kepada peserta dan mentauliahkan peserta dengan memberikan Sijil untuk mencari lebih banyak ahli E-Rezeki yang terdiri daripada komuniti setempat pada masa  akan datang.

Gambar Di sini

Tarikh        : 08 Mac 2018

Masa          : 9.00 Malam

Tempat      : Pusat Komuniti Masyarakat Cikgu Hashim

Peserta      : 300 Orang

Tujuan :-

Program yang dianjurkan oleh ADUN Kuala Nerang dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Padang Terap ini merupakan majlis penutupan festival nasyid, khutbah dan azan yang diadakan peringkat DUN Kuala Nerang baru-baru ini.

Aktiviti :-

Disamping memberikan hadiah kepada pemenang, program pada malam ini juga turut mengadakan Forum perdana Ehwal islam dengan memjemput panel khas iaitu Dato' Syeikh Abdullah Awang Sa ( Timbalan Mufti Negeri Kedah ) dan Tuan Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar (Peg. Agama Daerah Kota Setar) berjudul " Bersyukur Itu Nikmat, Sabar Itu Indah". Sepanjang Program petugas PI bertugas memastikan smart TV  Live Cam dari pentas sentiasa terakam dan dapat disaksikan dengan jelas oleh semua pengunjung yang hadir dari samada dari jarak jauh dan dekat.

Gambar Di sini