Tarikh : 02 Jun 2018

Masa : 11.00 Pagi hingga 9.00 Malam.

Tempat : - Pusat Internet Belimbing Kanan, MYDIN Taman Saga, Alor Setar dan Hotel Residen Alor setar.

Peserta : 50 Orang Anak Yatim.

Tujuan :- Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan bersama -sama merasai keseronokkan menyediakan kelengkapan hari raya seperti pakaian lengkap buat mereka seperti kanak-kanak yang lain. Disamping itu, tujuan program ini, untuk mendidik petugas Pusat Internet agar lebih peka kepada golongan kurang bernasib baik seperti mereka, berkongsi rasa dan menerapkan nilai murni dalam diri serta mensyukuri nikmat yang ada.

Aktiviti :-

- Petugas bergerak ke Pusat Internet Belimbing Kanan Kuala Nerang bagi menyediakan peralatan yang akan digunakan dan pembahagian anak-anak yatim mengikut petugas sebagai fasilitator ketika aktiviti membeli belah.

- Solat Zohor berjemaah Di masjid Pulau Kijang serta taklimat ringkas kepada anak-anak yatim berkenaan aktiviti membeli pakaian raya.

- Membeli belah kelengkapan raya di Mydin Alor Setar.

- Menyampaikan sumbangan duit raya dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Gambar Di Sini

Tarikh : 26 Mei 2018

Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat : Rumah Anak Yatim Baitul Muslim, Kuala Nerang.

Tujuan :- Perjumpaan bersama penyelia dan penjaga rumah anak yatim ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai anak yatim yang terdapat disitu dan memohon kebenaran

untuk meraikan anak-anak yatim dalam menghadapi kehadiran syawal yang akan datang.

Aktiviti :- Program yang bakal diadakan pada hari Nuzul Al-quran iaitu pada 02 Jun 2018, ini akan diadakan aktiviti membeli kelengkapan raya seperti pakaian, kasut dan tudung untuk anak-anak yatim.

Seterusnya Petugas Pusat Internet Daerah Padang Terap akan berbuka puasa bersama-sama anak yatim.

Gambar Di Sini

Tarikh      : 20 Mei 2018

Masa       : 11.00 pagi Hingga 1.00 Petang

Tempat    : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta   : 2 Orang

 

Tujuan :- Program e-Rezeki merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh MDEC dan kini lebih 300,000 pekerja digital serta usahawan telah dilatih menerusi program ini.

Aktiviti :- Memberi taklimat Asas E-rezeki kepada peserta dan mengajarkan cara untuk Membuat akaun E-rezeki.

Gambar DiSini

Tarikh   : 24 Mei 2018

Masa   : 2.30 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat : My Din Mall Taman Saga, Alor Setar.

 

Tujuan :- Perjumpaan ini bertujuan mencari dana untuk program Tabung jalinan kasih Ramadhan anak yatim. Selain itu program yang di anjurkan MSD ini bertujuan untuk meraikan anak anak yatim seramai 50 orang dengan penyediaan sumbangan baju raya dan majlis berbuka puasa. bersama anak-anak yatim di Daerah Padang Terap yang bakal berlangsung pada 02 Jun 2018 bersamaan 17 Ramadhan 1439.

 

Aktiviti :- Petugas yang terdiri daripada pengurus PI1M pergi ke beberapa Organisasi bagi mendapatkan dana dan tajaan untuk program jalinan kasih Ramadhan anak yatim

 

Gambar Disini

Tarikh     : 14 Mei 2018

Masa     : 2.30 Petang - 3.30 Petang

Tempat   : Perpustakaan Desa Pekan Naka

Peserta  : 10 Orang ( Lepasan sekolah )

Tujuan :-  Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia, Menjalankan kajian bekenaan dengan sikap dan tanggungjawab membaca dikalangan pengguna perpustakaan Desa di kalangan celik huruf yang rendah di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat minat membaca dikalangan pennguna perpustakaan desa , Membuat tinjaun ke atas penggunaan perpustakaan Desa sebagai pusat pembacaan dikalangan masyarakat, dan menilai diri pembaca terhadap aktiviti membaca secara elektronik di media massa.

Aktiviti :-

Taklimat pengenalan Kepada Kajian.

Menjawab Soal Selidik

Penyampaian Baucer KFC dan Cenderahati kepada peserta.

Gambar Di Sini