Tarikh   : 13 Ogos 2018 (Isnin)

Masa    : 2.30 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Komuniti Sekitar Pekan Naka

 

Tujuan :- Pusat Internet Pekan Naka mengadakan kelas masakan Durian Crepe untuk komuniti sekitar bagi menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Disamping musim durian di Daerah Padang terap, komuniti setempat majoritinya mempunyai dusun durian dan resepi ini boleh menjadi salah satu produk usahawan yang boleh dikomersialkan.

 

Aktiviti :-

- Taklimat Dashboard

- Memasak Durian Crepe

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 06 Ogos 2018 ( Isnin )

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Lubuk Merbau

Peserta : Golongan Wanita

 

Tujuan :- Kelas ini diadakan bagi tujuan memberi peluang kepada komuniti untuk menambah ilmu dalam bidang masakan durian crepe dan kek sarang semut.

Aktiviti :-

Membuat adunan Durian Crepe dan kek sarang semut , proses dari awal hingga ke akhir.

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 30 Julai 2018 ( Isnin )

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah sesi Petang

 

Tujuan :- Mempelajari cara dan kaedah untuk membuat nota menggunakan microsof word.

 

Aktiviti :- Menaip dan mengedit Nota sejarah ,menggunakan sumber dari buku teks.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 05 Ogos 2018 ( Ahad )

Masa : 10 Pagi - 3.00 Petang

Tempat : Mini RTC Naka

Peserta : Komuniti Setempat Pekan Naka

 

Tujuan :- Pusat Internet membuka kaunter pemeriksaa kesihatan kepada komuniti setempat untuk memudahkan orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah timbang berat, periksa tekanan darah, ukur tinggi, denyutan nadi dan pengiraan BMI. Khidmat nasihat kesihatan turut disediakan kepada komuniti secara percuma. Disamping itu, Agensi JPJ, Tabung Haji dan Ar Rahnu, masing-masing turut memberikan perkhidmatan kepada komuniti sekitar.

 

Aktiviti :-

Perkhidmatan yang ditawarkan JPJ
#pembaharuan lesen memandu
#pembaharuan lesen kenderaan memandu
#semakan senarai hitam
#pembayaran saman

#khidmat nasihat

 
 Perkhidmatan Tabung Haji
# pembukaan Akaun dewasa dan kanak2 minima rm10
# pendaftaran haji melalui simpanan Tabung haji (rm1300) atau no ahli kwsp
# kemaskini buku Akaun simpanan
# kemaskini maklumat profail
# kemaskini penamaan
# khidmat nasihat
 
Perkhidmatan Ar Rahnu
# khidmat mencuci emas
# ujian ketulenan emas
# khidmat nasihat
 

 

 

Tarikh : 21 Julai 2018

Masa : 11.00 Pagi

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah.

Tujuan :-

Untuk mempertingkatkan lagi kemahiran pelajar menaip menggunakan Microsoft Word dan menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word secara optimum untuk menyiapkan borang soal selidik dan kerja kursus mereka.

Aktiviti :-

Kelas pembelajaran

Gambar Di Sini