Tarikh : 29 September 2018 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat : Masjid Kg Padang Nyior, Kuala Nerang Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan :- Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim petugas Pusat Internet dengan komuniti setempat melalui program kacau bubur Asyura serta merapatkan hubungan petugas dan komuniti antara anak-anak kecil melalui pertandingan Azan dan bercerita.
Aktiviti :-
- Komuniti bersama petugas Pusat Internet serta petugas Perpustakaan Desa bersama-sama berganding bahu membuat dan mengacau bubur Asyura serta menganjurkan pertandingan Azan dan bercerita.
Tarikh : 23 September 2018 Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat : Masjid Al-Barakah, Felda Lubok Merbau Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan :- Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim komuniti setempat melalui program kacau bubur Asyura.
Aktiviti :-
- Komuniti bersama petugas Pusat Internet serta petugas Perpustakaan Desa bersama-sama berganding bahu membuat dan mengacau bubur Asyura.
Tarikh : 19 September 2018 Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang Tempat : PI Pekan Naka Peserta : Pelajar Universiti |
Tujuan :- Untuk membantu memudahkan pelajar Universiti mendaftar subjek untuk pengajian mereka.
Aktiviti :-
- Peserta diberi tunjuk ajar dan dibantu ketika mendaftar subjek bagi pengajian semester baru.
Tarikh : 20 September 2018 Masa : 10.00 Pagi - 2.00 Petang Tempat : Hadapan Taman Saujana Kuala Nerang Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan :- Untuk meraikan Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram dengan mengacau bubur bersama komuniti setempat.
Aktiviti :-
- Komuniti bersama petugas Pusat Internet Kluster Padang Terap bersama-sama berganding bahu membuat dan mengacau bubur Asyura dan diagihkan kepada komuniti sekitar.
Tarikh : 12 September 2018 Masa : 5.00 Petang - 6.00 Petang Tempat : PI Pekan Naka Peserta : Pelajar Darjah 6 |
Tujuan :- Untuk membantu pelajar Darjah 6 mengisi dan mengemaskini permohonan ke SBP 2019
Aktiviti :-
- Peserta diberi tunjuk ajar dan dibantu ketika mengisi dan mengemaskini maklumat masing-masing bagi permohonan secara atas talian.