Tarikh : 16 Febuari 2019 ( Sabtu ) Masa : 7.00 Pagi Hingga 2.00 Petang Tempat : Sekolah Kebangsaan Perik Peserta : Pelajar, Guru Sekolah Kebangsaan Perik, Rukun Tetangga Perik & Komuniti Kg. Perik |
Tujuan :-
Program G-Kom " Budaya bersih ke arah kecemerlangan anjuran KRT Kg. Perik telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan luar biasa dari komuniti sekitar .Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu penduduk kampung menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran Kampung sekaligus menjurus ke arah usaha membendung penularan wabak denggi di kawasan ini. Pusat Internet Kluster Padang Terap turut mngambil bahagian membuka booth dan menjalankan beberapa aktiviti.
Aktiviti :-
- Teka Silang Kata
- Pendaftaran Ahli Baru Pusat Internet
- Kira Jumlah KDB
- Susun Atur Perkataan
- Permainan Klip Kertas terpung
- Gerai Jualan
Tarikh : 13 Febuari 2019 ( Rabu ) Masa : 12.00 Tengah Hari Hingga 1.00 Petang Tempat : Sekolah Kebangsaan Nami Peserta : Pelajar & Guru Sekolah Kebangsaan Nami |
Tujuan :-
Tujuan Taklimat KDB diberikan adalah memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai bahaya penagihan internet sehingga memberikan kesan negatif dalam pembelajaran pelajar. Petugas memberi pendedahan agar pelajar mengenali diri sendiri samada mereka merupakan salah seorang dari tergolong daripada orang yang ketagihan internet.
Aktiviti :-
Memberi Taklimat mengenai Bahaya ketagihan Internet dikalangan pelajar yang boleh membawa kepada kemerosotan prestasi akademik.
Soalan Kuiz
Tarikh : 26 Januari 2019 ( Sabtu ) Masa : 10.00 Pagi Hingga 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Kampung Tanjung. Peserta : Pengurus & Penolong Pengurus Kluster Padang Terap. |
Tujuan :-
Kursus TTT merupakan kursus yang dianjurkan oleh pihak suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada semua petugas pusat Internet yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus kluster padang Terap. Kursus ini bertujuan untuk melatih petugas menjadi pelatih yang mampu berkomunikasi dengan orang ramai ataupun komuniti. Kursus yang diketuai oleh Ketua kluster ini berlangsung selama 2 hari bermula 25 januari 2019 hingga 26 januari 2019.
Aktiviti :-
Petugas diberi tugasan masing-masing dengan satu tajuk yang berlainan. Petugas dikehendaki membuat slide dan membentangkan kepada peserta yang lain. sepanjang pembentangan berlangsung, peserta akan diajukan beberapa soalan bagi mmemantapkan tahap kefahaman semua peserta. Selain itu, sepanjang kursus berlangsung peserta turut disediakan dengan permainan berkumpulan.
Antara tajuk tugasan peserta ialah :-
- Ketagihan Internet
- Akta & Undang-Undang
- Sexting
- Pengantunan Dalam Talian
- Buli Cyber
- Love Scam
- Peranan Ibu Bapa
- Pengawasan Kanan-kanan Dalam Talian
Tarikh : 07 Febuari 2019 ( Khamis ) Masa : 12.00 Tengah Hari Hingga 1.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka. Peserta : Pelajar ILP Jitra |
Tujuan :- Menyiapkan Kerja Kursus
Aktiviti :- Mencari gambar mesin dan menaip fungsi serta kegunaan mesin.
Tarikh : 19 Januari 2019 ( Sabtu ) Masa : 9.00 Pagi Tempat : Dewan Jungle Resort, Tanjung Piring Nami. Peserta : Komuniti |
Tujuan :-
Fenomena atau gejala dadah dikalangan remaja sekarang kian membimbangkan, justeru pihak NGO tempatan terpanggil untuk mengadakan bengkel kepada komuniti sekitar Tanjung Piring, Nami sebagai usaha mencegah dan membenteras gejala negatif ini dari terus berleluasa.
Aktiviti :-
Taklimat & kempen pencegahan serta bahaya Dadah (Punca & Kesan)
Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)