Tarikh : 22 Jun 2019 (Sabtu) Masa : 2.00 Petang Hingga 3.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan dashboard komuniti dan membuat hebahan kepada komuniti.
Aktiviti :
Pelajar membuat ucapan hari raya kepada komuniti melalui dashboard my komuniti.
Tarikh : 16 Jun 2019 (Ahad) Masa : 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan :-
Pelajar diberi tugasan oleh guru untuk menyiapkan kerja sekolah matapelajaran Moral, Pelajar menggunakan microsoff word untuk menaip kerja sekolah.
Aktiviti :-
Pelajar menaip kerja sekolah menggunakan microsoff word dan melayari internet mencari maklumat tambahan.
Tarikh : 03 Jun 2019 (Isnin) Masa : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan aplikasi poster my wall dalam menghasilkan kad raya. Berbeza dengan microsoff power point dan publisher , poster my wall mempunyai beribu pilihan rekabentuk yang pelbagai serta membolehkan peserta membuat pelbagai pilihan.
Aktiviti :-
Pelajar menghasilkan kad raya beserta ucapan dan gambar pilihan peserta sendiri dan ada segelintir peserta menghasilkan kad raya dalam bentuk video.
Tarikh : 13 Jun 2019 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Hingga 11.00 Pagi Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar lepasan Matriks |
Tujuan:-
Program sukarelawan ini akan membantu mendidik lebih ramai komuniti yang mampu memajukan dan menghasilkan aplikasi serta perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian.
Aktiviti :-
Mendaftar sebagai ahli (MIV) secara atas talian.
Tarikh : 27 Mei 2019 ( Isnin ) Masa : 11.00 Pagi Hingga 1.00 Petang Tempat : Pusat Komuniti Desa Pekan Naka (PKD) Peserta : Komuniti sekitar Pekan Naka |
Tujuan :-
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan biskut moden kepada golongan yang berminat terutamanya kepada golongan wanita yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga dan untuk tujuan perniagaan. Selain itu, Kursus ini juga bertujuan untuk mengumpul komuniti sekitar seterusnya merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti.
Aktiviti :-
Peserta diberi tugas masing-masing bermula dari mengadun tepung bagi membuat biskut Y dan tart blueberry sehinggalah proses membakar dalam oven dan menyusun biskut raya yang telah masak ke dalam bekas.