Tarikh : 27 Mei 2019 ( Isnin ) Masa : 11.00 Pagi Hingga 1.00 Petang Tempat : Pusat Komuniti Desa Pekan Naka (PKD) Peserta : Komuniti sekitar Pekan Naka |
Tujuan :-
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan biskut moden kepada golongan yang berminat terutamanya kepada golongan wanita yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga dan untuk tujuan perniagaan. Selain itu, Kursus ini juga bertujuan untuk mengumpul komuniti sekitar seterusnya merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan komuniti.
Aktiviti :-
Peserta diberi tugas masing-masing bermula dari mengadun tepung bagi membuat biskut Y dan tart blueberry sehinggalah proses membakar dalam oven dan menyusun biskut raya yang telah masak ke dalam bekas.