Klinik Kesihatan Pekan Naka siap dibina semenjak 30 tahun lalu. Dengan bilangan staf seramai 52 orang, klinik ini beroperasi setiap hari seperti klinik-klinik lain. Perkhidmatan yang disediakan semakin bertambah maju seperti perkhidmatan X-Ray dan Ujian Makmal khas untuk ujian kehamilan. Selain itu terdapat banyak lagi perkhidmatan lain seperti:

  1. Pesakit Luar
  2. Ubat-ubatan
  3. Ibu dan anak
  4. Pergigian
  5. Fisioterapi
  6. Jururawat masyarakat
  7. Pegigian
  8. Wad kecemasan
  9. Doctor pakar
  10. Pakar kesihatan keluarga
  11. Ambulan

Selain itu terdapat klinik haiwan atau veterinary di kawasan berdekatan yang beroperasi seperti biasa waktu iaitu 5 hari. Jika terdapat sebarang kecemasan, pesakit akan dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan seterusnya Hospital Alor Setar.

Kakitangan Klinik memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat mengenai kesihatan dan cara mencegahnya, dalam usaha menyedarkan masyarakat, pihak klinik dan Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Naka turut mengadakan beberapa program yang melibatkan masyarakat setempat. Antaranya ialah :-

 

64a7c2bb 43a2 44af 92b6 ef65232de3fa 21687978 1717286625245367 7815211571321801489 n

PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN)

Tarikh    : 22 September 2017

Tempat  : Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Belukar Luas.

Kerjasama : Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Klinik Kesihatan Naka, Klinik Desa Belukar Luas, Sukarelawan dan ahli KOSPEN.

 

 70f12a84 77ca 452d b75d 978d84d3010b 04b082e7 ca82 4f97 a5eb e4403f28ecc9

PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN)

Tarikh    : 24 Ogos 2017

Tempat  : Perkarangan surau Kampung Masjid Baru Naka.

Kerjasama : Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Klinik Kesihatan Naka, Sukarelawan dan ahli KOSPEN.