Chalet Bayu Naka terletak di Kampung Kubang Juluk, Naka. Terdapat bermacam kemudahan yang disediakan di Chalet Bayu Naka. Antaranya kolam mandi dan penginapan yang selesa. Terdapat 3 jenis bilik yang ada di Chalet Bayu Naka. Bagi bilik biasa hanya harga serendah RM50 bagi satu malam, dan bagi bilik yang berhawa dingin harga bagi satu bilik adalah RM80 dan RM95.  

Selain itu, di Chalet Bayu Naka, kita dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan atau keluarga. Antaranya, mandi kolam percuma bagi kanak-kanak, menaiki motor lasak ATV, buggy, memanah, menaiki motor atau kereta elektrik, skuter swing dan BBQ. Yang menariknya di sini, apabila tiba musim buah-buahan seperti buah durian dan rambutan, bagi yang menginap di Chalet Bayu Naka ini, akan berpeluang makan buah-buahan tersebut  secara percuma.

 

Perlancongan yang terdapat di sekitar kawasan Pekan Naka kebanyakkan diusahakan oleh penduduk sekitar. Kewujudan homestay di sekitar Pekan Naka memudahkan tetamu-tetamu yang hadir ke Pekan Naka untuk bermalam dan merehatkan diri. Antara homestay yang berdekatan adalah:-

1. Chalet Bayu Naka

Merupakan tempat penginapan dan rekreasi yang menarik boleh dilawati jika anda mengunjungi Naka. Terdapat tempat penginapan iaitu homestay dan pelbagai aktiviti riadah yang turut dijalankan di sini, antaranya adalah aktiviti motor lasak ATV, Buggy, Memanah, Motor kereta elektrik kanak-kanak, Skuter swing & bbq! dan yang lebih menarik lagi adalah, jika anda mengunjungi tempat ini ketika musim buah-buahan anda akan berpeluang menikmati buah-buahan tempatan  segar yang dikutip dari dusun seperti durian dan rambutan.

 

                                                                                    38218432 2000946386595925 8739007074278572032 n

 

                                        

2. Seri Juluk Resort

Seri Juluk Resort terletak di Lot 15, Kampung Kubang Juluk, 06350 Naka, Kedah. Resort yang terletak dalam suasana kampung ini kaya dengan pelbagai buah buahan tempatan seperti rambutan, durian, buah naga, manggis dan limau.

Seri Juluk resort disukai pengunjung kerana :-

  • Mengekalkan nilai-nilai tradisi dalam suasana kampung
  • Mengekalkan senibina rumah Melayu pada bangunan
  • Terletak berdekatan pasaraya, klinik, Balai Polis, dan Masjid ( 2KM )
  • Tempat letak kereta yang luas
  • Dapat menikmati masakan kampung
  • Paling penting mempunyai suasana dan kawasan kawalan keselamatan.

Penginapan

  • Chalet                                   
  • Dom
  • Khemah
  • Rumah

Kemudahan

  • Dewan Terbuka
  • Surau
  • Tandas
  • Kolam Memancing
  • Sungai
  • Padang
 
Pelbagai aktiviti luar boleh dilakukan di sini.
    Lot 15, Kg Juluk, Naka, Kedah, Malaysia
   @serijulukresort
   Call 019-503 6665
   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Untuk pertanyaan sila hubungi :
  019 - 5036665 (En. Ahmad Shabri)
  013 - 4622137 (Pn, Hazita Kamis)
 srijuluk
 serijuluk2 
 serijuluk1
 
 
3. Smart Cabin Naka

Terletak di tengah- tengah pekan Naka dan merupakan Pusat Jualan Produk Usahawan Tempatan :-

- Bantal kekabu
- Produk kesihatan dan kecantikan
- Kuih muih tradisional
- Barangan sejuk beku
- Roti & Kek
 
                                                                       cabinnaka
 
 
3. Pasaraya dan pemborong Peladang e-Mart.
 
Membantu komuniti mendapatkan pelbagai barangan keperluan dengan harga lebih Murah.
 
 
231106312 4425961707470952 3408252409983775393 n