Chalet Bayu Naka terletak di Kampung Kubang Juluk, Naka. Terdapat bermacam kemudahan yang disediakan di Chalet Bayu Naka. Antaranya kolam mandi dan penginapan yang selesa. Terdapat 3 jenis bilik yang ada di Chalet Bayu Naka. Bagi bilik biasa hanya harga serendah RM50 bagi satu malam, dan bagi bilik yang berhawa dingin harga bagi satu bilik adalah RM80 dan RM95.  

Selain itu, di Chalet Bayu Naka, kita dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan atau keluarga. Antaranya, mandi kolam percuma bagi kanak-kanak, menaiki motor lasak ATV, buggy, memanah, menaiki motor atau kereta elektrik, skuter swing dan BBQ. Yang menariknya di sini, apabila tiba musim buah-buahan seperti buah durian dan rambutan, bagi yang menginap di Chalet Bayu Naka ini, akan berpeluang makan buah-buahan tersebut  secara percuma.