Perlancongan yang terdapat di sekitar kawasan Pekan Naka kebanyakkan diusahakan oleh penduduk sekitar. Kewujudan homestay di sekitar Pekan Naka memudahkan tetamu-tetamu yang hadir ke Pekan Naka untuk bermalam dan merehatkan diri. Antara homestay yang berdekatan adalah:-
1. Chalet Bayu Naka
Merupakan tempat penginapan dan rekreasi yang menarik boleh dilawati jika anda mengunjungi Naka. Terdapat tempat penginapan iaitu homestay dan pelbagai aktiviti riadah yang turut dijalankan di sini, antaranya adalah aktiviti motor lasak ATV, Buggy, Memanah, Motor kereta elektrik kanak-kanak, Skuter swing & bbq! dan yang lebih menarik lagi adalah, jika anda mengunjungi tempat ini ketika musim buah-buahan anda akan berpeluang menikmati buah-buahan tempatan segar yang dikutip dari dusun seperti durian dan rambutan.
2. Seri Juluk Resort
Seri Juluk Resort terletak di Lot 15, Kampung Kubang Juluk, 06350 Naka, Kedah. Resort yang terletak dalam suasana kampung ini kaya dengan pelbagai buah buahan tempatan seperti rambutan, durian, buah naga, manggis dan limau.
Seri Juluk resort disukai pengunjung kerana :-
- Mengekalkan nilai-nilai tradisi dalam suasana kampung
- Mengekalkan senibina rumah Melayu pada bangunan
- Terletak berdekatan pasaraya, klinik, Balai Polis, dan Masjid ( 2KM )
- Tempat letak kereta yang luas
- Dapat menikmati masakan kampung
- Paling penting mempunyai suasana dan kawasan kawalan keselamatan.
Penginapan
- Chalet
- Dom
- Khemah
- Rumah
Kemudahan
- Dewan Terbuka
- Surau
- Tandas
- Kolam Memancing
- Sungai
- Padang
013 - 4622137 (Pn, Hazita Kamis)
Terletak di tengah- tengah pekan Naka dan merupakan Pusat Jualan Produk Usahawan Tempatan :-
- Bantal kekabu
- Produk kesihatan dan kecantikan
- Kuih muih tradisional
- Barangan sejuk beku
- Roti & Kek