Tarikh    :  06 Ogos 2019 (Selasa)

Masa     : 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :-

Learning Port Interactive menyediakan platform  yang selari dengan kehendak pembelajaran masa kini. Disamping mengandungi bahan pembelajaran yang komprehensif  dan merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Bahan-bahan pelajaran adalah mengikut sukatan KSSR dan KSSM yang merangkumi semua matapelajaran dari tahun 1 hingga tingkatan 5.

 

Aktiviti :-

Pelajar menjawab soalan Bahasa Melayu, Matematik dan Sains seterusnya menyemak jawapan yang salah menerusi sumber lain dari internet.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh    :  01 Ogos 2019 (Khamis)

Masa     : 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

 

Tujuan :-

Pelajar mencari lukisan cat minyak di internet dan mencetak bewarna untuk dilekapkan dalam folio.

Aktiviti :-

Mancari lukisan yang sesuai dan mencetak menggunakan microsoff word.

Tarikh    :  18 Julai 2019 (Khamis)

Masa     : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Tujuan :-

Tujuan peperiksaan ini adalah Sebagai instrumen untuk menapis bilangan calon berdasarkan keperluan nisbah kekosongan jawatan yang ada untuk dipanggil ke peringkat Pusat Penilaian Kompetensi dan Temu duga.

Aktiviti :-

Calon dikehendakki menjawab kesemua soalan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Gambar Di Sini

 Tarikh : 23 Julai 2019 (Selasa)

Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Tempat : TH Hotel & Pusat Konvensyen Alor Setar, Kedah.

 

Tujuan :-

Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya usahawan untuk berkecimpung dalam perniagaan internet secara meluas dan berkesan. Perkongsian ilmu perniagaan dari usahawan terkemuka di Malaysia seperti Puan Anne Idris (Pengasas My Mums Bakery's), Amir Syakireen Ramli (Ketua Pegawai eksekutif Hipster Pomade), Sharifah Nazreen Farhana ( Pengarah Matrade Zon Utara), dan Mohamad Hanif Bin Abu Hassan( Bank Rakyat Eksekutif)

Aktiviti :-

Taklimat perniagaan internet disampaikan oleh usahawan terkemuka dan mereka yang telah berjaya mencipta nama sebagai usahawan berjaya di Malaysia. Pelbagai ilmu dan pengalaman mereka sepanjang bergelar usahawan dari awal sehingga ke peringkat sekarang dikongsikan sepanjang bengkel berlangsung.

Gambar Di Sini

 

Tarikh    :  06 Jun 2019 (Sabtu)

Masa     : 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :

Kelas Applikasi paint ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara menggunakan applikasi paint. Melukis, mewarna dan mengedit gambar.

 

Aktiviti :

Peserta diberi tugas untuk menyiapkan satu idea lukisan mengikut kehendak peserta. Dalam lukisan tersebut mestilah terdiri daripada kepelbagaian warna.

 

Gambar di Sini