Tarikh        : 05 Disember 2019 (Khamis)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 11.00 Pagi

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Lepasan Kolej & Universiti

 

Tujuan :-

Peperiksaan ini merupakan langkah pertama permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan sekiranya melepasi ujian yang dilakukan pemohon layak utuk ditemuduga.

 

Aktiviti :-

Menjawab soalan bahagian A & B

Tarikh        : 25 November 2019 (Isnin)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pelajar Lepasan UPSR

 

Tujuan :-

Memohon untuk melanjutkan pelajaran bagi sesi Persekolahan 2020.

Aktiviti :-

Memohon kemasukkan tingkatan 1 Maktab Mahmud, SMA Daril Ikhtisam dan Maahad Dini.

 

Gambar Di Sini

Tarikh        : 16 November 2019 (Sabtu)

Masa         : 8.00  Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat      : Masjid Al-Hidayah Pekan Naka.

Peserta     : Komuniti Pekan Naka

 

Tujuan :-

Tujuan utama sambutan Maulidur Rasul adalah menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Disamping meneruskan adat komuniti di sekitar Pekan Naka, majlis ini turut bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan komuniti setempat.

Aktiviti :-

Terdapat Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya, Kuliah Subuh Perdana, Perarakkan sambutan, Pameran Agensi dan Jabatan, Kuliah Dhuha Perdana, Kuliah Muslimat, Sukaneka dan perlawanan Bolasepak Muhibbah (Veteran Kariah Masjid Naka VS Veteran Kedah).

Gambar Di Sini

Tarikh        : 16 November 2019 (Sabtu)

Masa         : 8.00  Pagi Hingga 1.00 Petang

Tempat      : Pusat Internet Kg. Perik

Peserta     : Komuniti Kg Perik

Tujuan :-

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada komuniti dan melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih.

 

Aktiviti :-

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, pertandingan menu sihat, demo masakan makanan sihat, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, pertandingan mewarna kategori dewasa, pertandingan ICT dan pameran agensi.

 

Gambar Di Sini

Tarikh    : 09 November 2019 (Sabtu)

Masa     : 8.00  Pagi Hingga 6.00 Petang

Tempat  : PI Felda Lubuk Merbau

Peserta : Komuniti Felda Lubuk Merbau

Tujuan :-

Program Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pusat Internet Felda Lubuk Merbau ini bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan kepada komuniti Felda Lubuk Merbau yang mempunyai anggaran penduduk lebih kurang 2000 orang. Sambutan sangat menggalakkan apabila turut digabungkan bersama "Program Sayangi Komuniti Kita" yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. (AADK)

Aktiviti :-

Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya ialah berjalan 10000 langkah, Sukan rakyat, Pemeriksaan Gula dalam darah, Tekanan darah dan berat badan dan banyak lagi.