Tarikh : 11 Mac 2020 (Rabu) Masa : 2.00 Petang Hingga 3.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :
Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah untuk menggunakan internet dan permainan secara atas talian.
Aktiviti :
Paserta dikehendaki mencari 12 patah perkataan dalam bahasa melayu, dengan pantas dan betul. Pelajar diberikan hadiah no 1, 2 dan 3.
Tarikh : 06 Mac 2020 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Lepasan Sekolah (SPM & STPM ) |
Tujuan :-
Permohonan UPU secara atas talian adalah untuk pelajar lepasan SPM, STPM & STAM Untuk melanjutkan pelajaran ke Program pengajian di Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam dan bagi menyambung ke peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda di UA.
Aktiviti :-
Pemohon perlu mengisi 6 (Enam) Pilihan Program mengikut keutamaan. Senarai pilihan program terdiri daripada Universiti Awam, Matrikulasi, Intitut Pendidikan Guru (IPG) dan Intitut Latihan Kemahiran Mara (ILK A.Pemohon juga dikehendaki membuat semakkan syarat kelayakkan terlebih dahulu sebelum memohon institusi pengajian pilihan masing-masing.
Tarikh : 20 Februari 2020 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Hingga 2.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Lepasan Sekolah & Belia |
Tujuan :
Temuduga yang diadakan oleh syarikat jabil ini adalah untuk mencari pekerja operator pengeluaran dan memenuhi kekosongan jawatan engineering di Syarikat tersebut. Dengan mengadakan temuduga ini, majikan dapat membuat saringan dan membuat penyelarasan pekerja dengan keperluan pihak syarikat.
Aktiviti :
Peserta temuduga diberi borang permohonan dan borang ujian matematik , seterusnya ditemuduga dalam bilik latihan. Peserta yang berjaya dan layak diterima bekerja akan diberikan surat pembuakaan akaun bank seterusnya tarikh untuk melaporkan diri di asrama.
Tarikh : 28 Februari 2020 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar cara untuk menghasilkan kad ucapan dengan menggunakan microsoft power point.
Aktiviti:
Peserta dikehendaki mencari gambar yang bersesuaian dengan tema harijadi di carian google. Seterusnya membuat ucapan di microsoft power point dan memasukkan gambar yang dicari untuk menghasilkan sebuah kad ucapan buat kawan-kawan dan keluarga.
Tarikh : 09 Februari 2020 (Ahad) Masa : 3.00 Petang Hingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan :
Untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru sains
Aktiviti:
Mencari maklumat serta gambar flora dan fauna untuk menyiapkan kerja Kursus.