Tarikh         : 05 September 2020 (Sabtu)

Masa           : 3.00  Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Pemenang Pertandingan Video Kraftangan Merdeka PI 2020

Tujuan :

Bagi menggantikan program tahunan iaitu Hari Bersama Komuniti, Pertandingan Video Kraftangan Merdeka PI 2020 telah diadakan pada bulan ogos sempena sambutan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, Pusat internet Pekan Naka menjemput Tuan Imam masjid al-Hidayah Pekan Naka bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang berlangsung pada majlis tersebut ialah penerangan kepada pengunjung mengenai pertandingan yang telah dianjurkan daripada petugas Pusat Internet. Bacaan Doa oleh Tuan Imam dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis berlangsung secara sederhana dan terkawal dan semua pengunjung mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 05 September 2020 (Sabtu)

Masa           : 10.00  Pagi Hingga 1.00 Tengahari

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Petugas PI & Pelajar IPTA

 

Tujuan : 

Sukarelawan Malaysia ICT (MIV) merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakanwarga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju ke arah negara digital (Digital Nation).

 

Aktiviti :

Peserta MIV diberi penerangan berkenaan modul “Klik Dengan Bijak” oleh Ketua Jabatan Penglibatan Komuniti, MCMC iaitu berkaitan dengan Hak & Tanggungjawab Warga Digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, sebenarnya.my, cybergenius, kandungan dan "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong".

 

Gambar di sini

Tarikh         : 22 Ogos 2020 (Sabtu)

Masa           : 10.00  Pagi Hingga 1.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Menengah & Rendah

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan sempena pertandingan Poster yang telah dianjurkan oleh MSD dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menyiapkan poster mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan.

 

Aktiviti :

Pengurus Pusat Internet Pekan Naka memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menghasilkan poster yang menarik dengan menggunakan applikasi Poster My Wall.

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh         : 01 September 2020 (Selasa)

Masa           : 2.00  Petang Hingga 3.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Wanita

 

Tujuan : 

Takaful Malaysia menyediakan pelan perlindungan yang ekstensif untuk memenuhi keperluan pelanggan termasuklah perubatan, perlindungan motor takaful dan rumah sehingga ke perlindungan komersil, manfaat pekerja dan banyak lagi. Tujuan perlindungan insuran ini diwujudkan adalah untuk melindungi pelanggan dari kejadian buruk yang berlaku supaya dapat meringankan beban kewangan pelanggan.

 

Aktiviti :

Peserta melengkapkan borang permohonan pelanggan dengan soalan kesihatan bersama dengan bayaran caruman seterusnya menghantar dokumen yang diperlukan secara atas talian agar pelanggan yang ditimpa kesusahan dapat dibantu dengan kadar segera.

Gambar di sini

 

Tarikh         : 16 Ogos 2020 (Ahad)

Masa           : 4.00  Ptg Hingga 6.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Menengah & Universiti

 

Tujuan : 

Pelajar menyiapkan tugasan dengan mencari maklumat di internet dan mencetak bagi tujuan untuk menghantar kepada guru/pensyarah.

 

Aktiviti :

Menyiapkan Nota dan slide dari power point untuk kerja pembentangan.

 

Gambar di sini