Tarikh         : 16 Oktober 2020 (Sabtu)

Masa           : 10.00 pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Rendah (Tahap 2).

 

 

Tujuan :

Membantu pelajar kuasai matematik dengan cepat dan mudah.

 

Aktiviti :

Menjawab Latihan Matematik Tambah & Tolak dalam bentuk Lazim. 

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh         : 11 Oktober 2020 (ahad)

Masa           : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi

Tempat       :  Pusat Internet pekan Naka

Peserta       : Pelajar Universiti.

 

Tujuan :

Pelajar membuat surat rasmi bagi tujuan memohon rayuan biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

 

Aktiviti :

Menaip surat rasmi menggunakan microsoft word.

 

Gambar di sini

 

Tarikh         : 19 September 2020 (Sabtu)

Masa           : 10.00  Pagi Hingga 11.00 Pagi

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Rendah.

Tujuan : 

Program yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menyimpan wang demi masa depan.

 

Aktiviti :

Permulaannya, pelajar dikehendaki menonton Video Celik Kewangan dan berdasarkan pemahaman dari video tersebut, peserta menjawab 10 soalan kuiz dan memerlukan markah 90% bagi melayakkan peserta memperoleh sijil untuk dikemukakan kepada pihak sekolah bagi mendapatkan markah kokurikulum.

Gambar di sini

Tarikh         : 03 Oktober 2020 (Sabtu)

Masa           : 12.00 Tengahari Hingga 3.00 Petang

Tempat       :  Dewan S.M.K. Lubok Merbau

Peserta       : Pelajar Sekolah Menengah.

 

Tujuan :

Program yang dianjurkan oleh AADK Alor Setar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar sekolah tentang kesan dan bahayanya penyalahgunaan dadah membina kemahiran hidup dan resilien agar tidak terlibat dengan dadah dan pelencongan sosial.

 

Aktiviti :

Pelajar diberi taklimat mengenai bahaya internet dalam mempengaruhi kehidupan seharian sekiranya tidak dipantau. Pelajar juga turut berikrar untuk menggunakan internet secara berkhemah dan tidak akan berkongsi maklumat yang tidak sahih. Selain itu, pelajar diberikan tugasan dalam kumpulan dan sesi pembentangan diadakan mengikut kumpulan.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 12 September 2020 (Sabtu)

Masa           : 10.00  Pagi Hingga 12.00 tengahari

Tempat       :  Pusat Internet Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Rendah.

Tujuan :

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 

Aktiviti :

Petugas membuka live Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 03/2020 dalam bilik latihan dan peserta mendengar taklimat seterusnya menjawab persoalan yang ditanya oleh Petugas Pusat Internet pekan Naka.

 

Gambar di sini