Tarikh : 05 September 2020 (Sabtu) Masa : 10.00 Pagi Hingga 1.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Petugas PI & Pelajar IPTA |
Tujuan :
Sukarelawan Malaysia ICT (MIV) merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakanwarga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju ke arah negara digital (Digital Nation).
Aktiviti :
Peserta MIV diberi penerangan berkenaan modul βKlik Dengan Bijakβ oleh Ketua Jabatan Penglibatan Komuniti, MCMC iaitu berkaitan dengan Hak & Tanggungjawab Warga Digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, sebenarnya.my, cybergenius, kandungan dan "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong".
Tarikh : 01 September 2020 (Selasa) Masa : 2.00 Petang Hingga 3.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Wanita |
Tujuan :
Takaful Malaysia menyediakan pelan perlindungan yang ekstensif untuk memenuhi keperluan pelanggan termasuklah perubatan, perlindungan motor takaful dan rumah sehingga ke perlindungan komersil, manfaat pekerja dan banyak lagi. Tujuan perlindungan insuran ini diwujudkan adalah untuk melindungi pelanggan dari kejadian buruk yang berlaku supaya dapat meringankan beban kewangan pelanggan.
Aktiviti :
Peserta melengkapkan borang permohonan pelanggan dengan soalan kesihatan bersama dengan bayaran caruman seterusnya menghantar dokumen yang diperlukan secara atas talian agar pelanggan yang ditimpa kesusahan dapat dibantu dengan kadar segera.
Tarikh : 16 Ogos 2020 (Ahad) Masa : 4.00 Ptg Hingga 6.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Menengah & Universiti |
Tujuan :
Pelajar menyiapkan tugasan dengan mencari maklumat di internet dan mencetak bagi tujuan untuk menghantar kepada guru/pensyarah.
Aktiviti :
Menyiapkan Nota dan slide dari power point untuk kerja pembentangan.
Tarikh : 22 Ogos 2020 (Sabtu) Masa : 10.00 Pagi Hingga 1.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Menengah & Rendah |
Tujuan :
Kelas ini diadakan sempena pertandingan Poster yang telah dianjurkan oleh MSD dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menyiapkan poster mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan.
Aktiviti :
Pengurus Pusat Internet Pekan Naka memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menghasilkan poster yang menarik dengan menggunakan applikasi Poster My Wall.
Tarikh : 13 Ogos 2020 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Hingga 2.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Usahawan |
Tujuan :
Sempena dengan pertandingan Usahawan yang telah dianjurkan oleh pihak MCMC Pusat Internet Pekan Naka mengadakan kelas Shopee kepada usahawan sekitar bagi mempelajari ilmu asas menjual barangan di Shopee dan cara nak memulakan perniagaan di shopee bagi menjana pendapatan isi rumah.
Aktiviti :
Tenaga pengajar yang merupakan pengurus Pusat Internet dari Pondok Chegar mengajar peserta mengenai asas menjual Di Shopee, cara nak memulakan perniagaan di shopee, cara daftar free shipping shopee dan cara urus tempahan di shopee.