Tarikh        : 02 Julai 2020 (Khamis)

Masa         : 3.00  Petang Hingga 5.00  Petang

Tempat      : Pusat Internet Belimbing Kanan

Peserta     : Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap.

 

Tujuan :

Mesyuarat yang diwakili oleh Pn.Norazlina Binti Nordin dari MCMC ini bertujuan untuk menyampaikan agenda program yang akan datang iaitu lawatan dari pihak MCMC ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Daerah Padang Terap. Lawatan ini lebih tertumpu kepada usahawan-usahawan yang terdapat di Daerah Padang Terap.

 

Aktiviti :

Pn. Lina dari MCMC memberi buah fikiran dan pandangan yang perlu dilaksakan oleh Petugas Pusat Internet bagi membuat persiapan menerima kunjungan pihak MCMC.

 

Gambar di sini

Tarikh        : 25 Jun 2020 (Khamis)

Masa         : 12.00  Petang Hingga 12.30  Petang

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap

 

Tujuan :

Kedatangan empat orang pegawai dari pejabat kesihatan Daerah Padang Terap (Unit Penyakit Tidak Berjangkit) bertujuan untuk membuat penyerahan alatan KOSPEN untuk kegunaan komuniti setempat. Disamping itu, kedatangan ini juga bertujuan untuk membuat penilaian terhadap premis dan petugas bagi memastikan sentiasa mematuhi SOP dibawah perintah kawalan pergerakkan (PKP).

 

Aktiviti:

Pegawai Kesihatan menilai keadaan pusat Internet seterusnya membuat penyerahan barangan KOSPEN  kepada petugas.

 

Gambar di sini

Tarikh        : 14 Jun 2020 (Ahad)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 1.30  Petang

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pelajar Universiti 

 

Tujuan :

Pelajar mengikuti kuliah menggunakan Zoom Meeting bagi membolehkan pensyarah menyampaikan kuliah secara langsung secara dua hala di atas talian.

 

Aktiviti :

Pensyarah memberi kuliah dan sesi soal jawab dijalankan di antara tenaga pengajar dan pelajar dengan menggunakan zoom metting.

 

Gambar Di Sini

Tarikh        : 20 Jun 2020 (Sabtu)

Masa         : 4.00  Petang Hingga 6.00  Petang

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pelajar Tingkatan 5

 

Tujuan :

Tujuan ulangkaji ini diadakan adalah bagi meningkatkan kefahaman tentang topik-topik yang diajar oleh guru secara atas talian sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakkanPKP.

 

Aktiviti :

Pelajar mengulang kaji subjek seperti bahasa melayu dan sains bagi membuat persediaan memulakan sesi persekolahan pada 24 jun 2020. Sesi soal jawab dan perbincangan berlangsung dibawah SOP Pusat Internet.

Tarikh        : 09 Jun 2020 (Selasa)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 10.30 Pagi

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :

Pelajar diajar cara untuk membuat hebahan maklumat melalui My komuniti Dashboard Pusat Internet. Dengan menggunakan platform Dashboard Komuniti ini, maklumat dapat dihebahkan dengan mudah dan jelas.

 

Aktiviti :

Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara menyebarkan maklumat sahih di my komuniti dashboard komuniti pusat internet.

 

Gambar Di Sini