Tarikh        : 06 Februari 2020 (Khamis)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 1.00 Tengahari

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap

 

Tujuan :

Tujuan mesyuarat Pusat Internet kluster Padang Terap diadakan adalah untuk membincangkan berkenaan isu semasa dan untuk menyelaraskan tugas petugas serta caj perkhidmatan yang disediakan oleh 9  pusat internet.

 

Aktiviti :

Petugas membentangkan report bulanan dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan Pusat Internet.

Gambar Di Sini

Tarikh        : 19 Januari 2020 (Sabtu)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan :-

Microsoft Power Point adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang berkesan. Kursus ini mengajar fungsi penyuntingan teks lanjutan, cara membuat grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid. 

Aktiviti :- 

Peserta ditugaskan untuk mencari gambar haiwan yang bergerak dan membuat slideshow mengenai haiwan tersebut.

Gambar Di Sini

Tarikh        : 07 Januari 2020 (Selasa)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 11.00 Pagi  

Tempat      : Giat Mara Kuala Nerang

Peserta     : Pelajar Giat Mara Kuala Nerang Sesi 2020

Tujuan :-

Tujuan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan sempena minggu suai kenal pelajar baru Giat Mara adalah untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar supaya beretika ketika bersosial dan prihatin terhadap sensetiviti pengguna yang lain.

 

Aktiviti :-

Petugas Pusat Internet Kluster Padang Terap memberikan taklimat mengenai penyalahgunaan Internet dan disertakan soalan kuiz dan hadiah.

Gambar Di Sini

Tarikh        : 16 Januari 2020 (Jumaat)

Masa         : 10.00  Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat      : Pusat Internet Kampung Tanjung

Peserta     : Komuniti Kampung Tanjung Padang Terap

Tujuan :

Tujuan kelas ini dibuat adalah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan komuniti dan memberi ilmu kepada generasi muda tentang kuih muih tradisional yang kian dilupakan. Kelas yang jarang dilakukan ini mendapat sambutan baik dari komuniti setempat. 

Aktiviti :

Antara aktiviti yang diadakan adalah memasak kuih tepung bungkus, koleh kacang dan bengkang ubi kayu.

Gambar Di Sini

Tarikh        : 28 Disember 2019 (Sabtu)

Masa         : 9.30  Pagi Hingga 11.30 Petang

Tempat      : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta     : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan :-

 Kelas ini bertujuan untuk memberi pembelajaran kepada pelajar sekolah dalam membuat persediaan menjelang persekolahan baru iaitu sesi 2020. 

 

Aktiviti :-

Pelajar diajar cara untuk menaip nama dan kelas menggunakan microsoff word untuk ditampal pada buku latihan bagi sesi persekolahan 2020.

 

Gambar Di DSini