Tarikh    : 08 November 2019 (Jumaat)

Masa     : 10.00  Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat  : PI Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah.

 

Tujuan :-

Tujuan Wordsearch Online & Sifirdarab.com diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada peserta dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer.

 

Aktiviti :-

Pelajar menyelesaikan soalan darab dan mencari perkataan secara online.

Tarikh    : 02 November 2019 (Sabtu)

Masa     : 9.00  Pagi Hingga 1.00 Petang

Tempat  : Perkarangan Surau As Solihin.

Peserta : Komuniti Sekitar Daerah Padang Terap.

 

Tujuan :

Hari keluarga dan Sukaneka ini dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Masjid Baru Naka diadakan bagi mengeratkan silaturahim dikalangan komuniti setempat. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung. 

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka rakyat seperti Sepak Raga, Tuju Tin, Tuju Bola, Boling Padang dan banyak lagi.

Tarikh    : 07 Oktober 2019 (Isnin)

Masa     : 2.00  Petang Hingga 2.30 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar lepasan Sekolah

Tujuan :-

Program ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya KomunIkasi dan Multimedia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sendirian  Berhad iaitu kemudahan capaian Internet Jalur Lebar yang disediakan di Pusat Internet Pekan Naka. Program yang dirasmikan oleh En.Haslimi Bin Saidin iaitu penghulu Mukim Tekai Kanan dan turut dihadiri oleh Tuan Hj. Anuar Bin Abd Kader  dari Telekom Malaysia), En. Mohd Sahril Ahmad Rasdi dan En Ribhan dari MSD Digital Intelligence sdn bhd dan Tuan Imam Hj. Mohamad Tajari Bin Hj. Said selaku Pembaca Doa.

Aktiviti :-

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung termasuklah permainan ICT dan tradisional. Antara permainan yang berlangsung ialah Bengkel Video,Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Dashboard Komuniti (My Komuniti, My Shop & My Place), Mewarna Poster online, Word Search Online, Kahoot ICT, Puzzle ICT, Typing Fast, Download Aplikasi Dashboard Komuniti, Permainan Tradisional (Tuju Tin, Timbang Bulu Ayam & Batu Seremban) dan Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma.

Selain itu kaunter agensi KWSP , TM & JPJ turut menyediakan perkhidmatan kepada penduduk sekitar.

Gambar Di Sini

Tarikh    : 20 Oktober 2019 (Ahad)

Masa     : 2.00  Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan : 

Pelajar diberi tugasan oleh guru untuk menyiapkan kerja rumah, Gaya Hidup Sihat. Tugasan ini merupakan salah satu silibus sekolah yang diterapkan diperingkat awal kepada pelajar bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup yang selamat dan sihat.

 

Aktiviti :

Pelajar mencari bahan dari sumber internet dan menyenaraikan aktiviti beserta gambar aktiviti budaya hidup yang sihat.

Gambar Disini

Tarikh    : 07 Oktober 2019 (Isnin)

Masa     : 2.00  Petang Hingga 2.30 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar lepasan Sekolah

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan dashboard dan kemudahan yang terdapat dalam applikasi tersebut.

 

Aktiviti :

Download Applikasi dashboard.

Gambar Di Sini