Tarikh    : 07 Oktober 2019 (Isnin)

Masa     : 2.00  Petang Hingga 2.30 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar lepasan Sekolah

Tujuan :-

Program ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya KomunIkasi dan Multimedia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sendirian  Berhad iaitu kemudahan capaian Internet Jalur Lebar yang disediakan di Pusat Internet Pekan Naka. Program yang dirasmikan oleh En.Haslimi Bin Saidin iaitu penghulu Mukim Tekai Kanan dan turut dihadiri oleh Tuan Hj. Anuar Bin Abd Kader  dari Telekom Malaysia), En. Mohd Sahril Ahmad Rasdi dan En Ribhan dari MSD Digital Intelligence sdn bhd dan Tuan Imam Hj. Mohamad Tajari Bin Hj. Said selaku Pembaca Doa.

Aktiviti :-

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung termasuklah permainan ICT dan tradisional. Antara permainan yang berlangsung ialah Bengkel Video,Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Dashboard Komuniti (My Komuniti, My Shop & My Place), Mewarna Poster online, Word Search Online, Kahoot ICT, Puzzle ICT, Typing Fast, Download Aplikasi Dashboard Komuniti, Permainan Tradisional (Tuju Tin, Timbang Bulu Ayam & Batu Seremban) dan Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma.

Selain itu kaunter agensi KWSP , TM & JPJ turut menyediakan perkhidmatan kepada penduduk sekitar.

Gambar Di Sini