Tarikh : 11 Januari 2021 (Isnin) Masa : 4.00 Petang Hingga 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Komuniti Pekan Naka Peserta : Pelajar Lepasan SPM |
Tujuan :
Tujuan utama sistem UPU diwujudkan adalah untuk memudahkan pelajar membuat permohonan kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara atas talian.
Aktiviti :
Pelajar lepasan SPM dan STPM perlu membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) seterusnya mendaftar sebagai pengguna di laman web https://upu.mohe.gov.my sebelum membuat permohonan.
Tarikh : 01 Januari 2021 (Jumaat) Masa : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi Tempat : Pusat Internet Komuniti Pekan Naka Peserta : Pelajar Lepasan Sekolah |
Tujuan :
Resume adalah satu dokumen ringkas, tetapi padat dengan maklumat diri seseorang seperti pendidikan, pengalaman kerja, kelayakkan professional dan lain-lain. Tujuan resume adalah untuk memohon sesuatu pekerjaan dalam sesebuah organisasi.
Aktiviti :
Pemohon menggunakan aplikasi canva untuk menyediakan resume. Dalam resume tersebut pemohon memasukkan maklumat diri seperti gambar, maklumat untuk dihubungi, pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan dan rujukan.
Tarikh : 14 Disember 2020 (Isnin) Masa : 10.00 Pagii Hingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Internet Komuniti Pekan Naka Peserta : Komuniti Daerah Padang Terap |
Tujuan :
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Antara rangka kerja yang terdapat dalam NCER adalah pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, NCER di Daerah Padang Terap membuat temuduga terbuka di PIK Pekan Naka bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kemahiran-kemahiran yang ditawarkan.
Aktiviti :
Peserta yang terdiri dari golongan B40 dan berumur 18-45 tahun ini perlu mengisi borang dan memilih kursus pilihan masing-masing. Seterusnya peserta ditemuduga oleh panel bagi memastikan kelayakkan peserta dipenuhi dan memerlukan peserta untuk menghadiri kelas sebanyak 100 jam pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak NCER.
Tarikh : 24 Disember 2020 (Khamis) Masa : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Komuniti Pekan Naka Peserta : Pelajar Lepasan Sekolah |
Tujuan :
Aktiviti :
Peserta yang mendapat email jemputan menghadiri Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber manusia Negeri Kedah 2020 perlu mengisi maklumat secara online bagi manghadiri sesi temuduga.
Tarikh : 10 Disember 2020 (Khamis) Masa : 12.00 Tengahari Hingga 2.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) |
Tujuan :
Kelas Excel ini diadakan bagi melatih petugas untuk menggunakan microsoft excel seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan petugas PPDK dalam menggunakan microsoft excel.
Aktiviti :
Petugas diberikan taklimat, cara menggunakan excel dan diberikan tugas untuk memasukkan data pelajar PPDK bagi tujuan merekod maklumat peribadi pelajar.