Tarikh         : 04 Februari 2021 (Khamis)

Masa           : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Pelajar IPTA

 

 

Tujuan : 

Kuiz Online merupakan latihan secara ‘atas-talian’ kepada pelajar. Berikutan pandemik covid-19, pelajar tidak dapat hadir ke IPTA bagi meneruskan kuliah pengajian seperti biasa. Sehubungan dengan itu, pensyarah dan pelajar berinteraksi atau menjalani proses pembelajaran secara atas talian.

 

Aktiviti : 

Pelajar menjawab kuiz secara atas talian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

 

Gambar di sini

 

Tarikh         : 11 Januari 2021 (Isnin)

Masa           : 4.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Lepasan SPM

Tujuan :

Tujuan utama sistem UPU diwujudkan adalah untuk memudahkan pelajar membuat permohonan kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara atas talian.

Aktiviti :

Pelajar lepasan SPM dan STPM perlu membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) seterusnya mendaftar sebagai pengguna di laman web https://upu.mohe.gov.my sebelum membuat permohonan.

Gambar di sini

Tarikh         : 24 Disember 2020 (Khamis)

Masa           : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Lepasan Sekolah

 

Tujuan :

Karnival PenjanaKerjaya kementerian sumber manusia Negeri Kedah 2020 yang akan diadakan pada 26 Disember 2020 (Sabtu) bertempat di Dewan Cenderawasih, MDP jam 9.00 Pagi - 4.00 Petang menawarkan sebanyak 1500 jawatan kosong. Penawaran ini terbuka kepada semua penduduk di daerah Pendang.

 

Aktiviti :

Peserta yang mendapat email jemputan menghadiri Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber manusia Negeri Kedah 2020 perlu mengisi maklumat secara online bagi manghadiri sesi temuduga.

Gambar di sini

Tarikh         : 01 Januari 2021 (Jumaat)

Masa           : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Lepasan Sekolah

Tujuan :

Resume adalah satu dokumen ringkas, tetapi padat dengan maklumat diri seseorang seperti pendidikan, pengalaman kerja, kelayakkan professional dan lain-lain. Tujuan resume adalah untuk memohon sesuatu pekerjaan dalam sesebuah organisasi.

Aktiviti :

Pemohon menggunakan aplikasi canva untuk menyediakan resume. Dalam resume tersebut pemohon memasukkan maklumat diri seperti gambar, maklumat untuk dihubungi, pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan dan rujukan.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 14 Disember 2020 (Isnin)

Masa           : 10.00 Pagii Hingga 4.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Komuniti Daerah Padang Terap

 

Tujuan :

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri PerlisKedahPulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri MalaysiaAbdullah Ahmad Badawi. Antara rangka kerja yang terdapat dalam NCER adalah pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, NCER di Daerah Padang Terap membuat temuduga terbuka di PIK Pekan Naka bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kemahiran-kemahiran yang ditawarkan.

 

Aktiviti :

Peserta yang terdiri dari golongan B40 dan berumur 18-45 tahun ini perlu mengisi borang dan memilih kursus pilihan masing-masing. Seterusnya peserta ditemuduga oleh panel bagi memastikan kelayakkan peserta dipenuhi dan memerlukan peserta untuk menghadiri kelas sebanyak 100 jam pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak NCER.

Gambar di sini