Tarikh : 14 Disember 2020 (Isnin) Masa : 10.00 Pagii Hingga 4.00 Petang Tempat : Pusat Internet Komuniti Pekan Naka Peserta : Komuniti Daerah Padang Terap |
Tujuan :
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Antara rangka kerja yang terdapat dalam NCER adalah pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, NCER di Daerah Padang Terap membuat temuduga terbuka di PIK Pekan Naka bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kemahiran-kemahiran yang ditawarkan.
Aktiviti :
Peserta yang terdiri dari golongan B40 dan berumur 18-45 tahun ini perlu mengisi borang dan memilih kursus pilihan masing-masing. Seterusnya peserta ditemuduga oleh panel bagi memastikan kelayakkan peserta dipenuhi dan memerlukan peserta untuk menghadiri kelas sebanyak 100 jam pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak NCER.