Tarikh         : 15 Ogos 2021 (Sabtu)

Masa           : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Tingkatan Tiga

 

Tujuan :

Kelas tuisyen yang diadakan setiap minggu merupakan salah satu usaha pihak MCMC untuk membantu golongan pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam sesuatu subjek pilihan pelajar itu sendiri.

Aktiviti :

Pelajar disediakan nota dan latihan dari guru untuk menyelesaikan setiap soalan seterusnya membincangkan setiap soalan secara bersama menerusi kelas online yang berikutnya. 

Gambar Di sini.

Tarikh         : 11 Ogos 2021 (Rabu)

Masa           : 10.00 Pagi Hingga 1.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Usahawan Shopee

 

 

Tujuan :

Tujuan kelas shopee diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran mengendalikan kedai secara atas talian (shopee) seterusnya memberi galakkan kepada komuniti sekitar untuk terus menyokong aktiviti membeli belah secara positif, meningkatkan pendapatan isi rumah seterusnya dalam merialisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara e-dagang yang cergas dan menguntungkan.

Aktiviti :

Petugas PIK memberi taklimat mengenai syarat - syarat penyertaan pertandingan usahawan shopee. Selain itu peserta diberi ilmu cara mempromosikan produk dan cara mengendalikan kedai di shopee. Peserta diberikan borang penyertaan untuk difahami, serta ditandatangani.

Gambar Di sini.

Tarikh         : 17 Mei 2021 (Isnin)

Masa           : 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan :

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif.

 

Aktiviti :

Pelajar mencari bahan rujukan di internet seperti gambar aktiviti sukan dan maklumat jenis sukan yang dilaksanakan di sekolah.

Gambar di sini

 

Tarikh         : 23 Mei 2021 (Ahad)

Masa           : 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Lepasan Sekolah (SPM)

 

Tujuan :

Kementerian Kesihatan Malaysia menganjurkan pertandingan IGTV yang bertemakan “INGAT HARI JADI, INGAT DOKTOR GIGI” yang akan tamat pada 31 Mei 2021. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya penjagaan gigi dari peringkat awal umur agar gigi sentiasa sihat dan cantik.

 

Aktiviti :

Sempena dengan pertandingan Peserta menghasilkan poster infografik dengan menggunakan applikasi poster mywall.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 05 Mei 2021 (Rabu)

Masa           : 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat       :  Pusat Internet Komuniti Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan :

Pelajar menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru bertajuk sistem rangka manusia yang terdiri daripada tengkorak, tulang rusuk, tulang belakang dan sendi.

 

Aktiviti :

Pelajar mencari maklumat dan gambar berkaitan fungsi rangka manusia sebagai bahan rujukan untuk tugasan sekolah.

 

Gambar di sini