Tarikh : 13 Mac 2022 ( Ahad ) Masa : 2.30 Petang Hingga 3.30 Petang Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Waris Pelajar (Wanita) |
Tujuan :
Permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 April. waris perlu membuat permohonan melalui https://public.moe.gov.my/
Aktiviti :
Waris memohon darjah satu bagi anak tanggungan mereka bagi penempatan sekolah bagi sesi 2023 dan 2024.
Tarikh : 07 Mac 2022 ( Selasa ) Masa : 10.00 Pagi Hingga 11.00 Pagi Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) |
Tujuan :
Pengguna menggunakan microsoft excel untuk menghasilkan Penyata kewangan syarikat.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara untuk menggunakan Microsoft Excel bagi menghasilkan Penyata Kewangan syarikat.
Tarikh : 08 Februari 2022 ( Selasa ) Masa : 12.00 Tengahari Hingga 2.00 Petang Tempat : PEDi Kampung Musa Peserta : Pengurus PEDi Padang Terap |
Tujuan :
Bertujuan untuk membincangkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh petugas PEDi selaras dengan KPI majikan.
Aktiviti :
DRM menyemak laporan bulanan dan mengutarakan setiap permasalahan petugas berkaitan laporan bulanan dan KPI bagi tahun semasa.
Tarikh : 14 Februari 2022 ( Isnin ) Masa : 9.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Pengurus PEDi |
Tujuan :
Bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dikalangan petugas Pusat Internet seterusnya menyokong pembangunan profesionalisme dan kemajuan warga kerja.
Aktiviti :
Pengajar atau penceramah dari pihak Telekom Malaysia, memberi kursus secara dalam talian dengan menggunakan Zoom meeting.
Tarikh : 07 Februari 2022 (Isnin) Masa : 4.00 Petang Hingga 6.00 Petang Tempat : PEDi Pekan Naka Peserta : Pelajar IPTA |
Tujuan :
Selain menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan berkaitan teknikal dan kemahiran pelajar, tujuan latihan industri (LI) adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan yang sebenar. Laporan yang meliputi beberapa bahagian pemarkahan ini akan dihantar kepada pensyarah bagi melengkapkan atau mengakhiri proses pengajian dalam sesuatu peringkat seperti diploma dan ijazah.
Aktiviti :
Sepanjang LI, pelajar dikehendaki menyiapkan laporan Industri mengikut format yang telah ditetapkan oleh Penyelia masing-masing mengikut keperluan kos yang dipilih. Segala kemahiran dan ilmu yang diperolehi ketika pelajar menjalani LI, perlulah di siapkan dalam sebuah laporan untuk dihantar kepada pensyarah masing-masing.