Tarikh         : 15 Julai 2022 ( Jumaat )

Masa           : 10.00 Pagi Hingga 12.30 Tengahari

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Pelajar 

 

Tujuan :

Kelas ICT ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pembelajaran yang berasaskan konsep pembelajaran komputer dan multimedia atau (Information Communication Technology). Seterusnya kelas seumpama ini mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar  agak lebih mahir  menggunakan komputer dan internet.

 

 

Aktiviti :

Sempena dengan program hari bersama, PEDi Pekan Naka menganjurkan beberapa aktiviti ICT iaitu kelas asas microsoft word (Biodata saya), Puzzle KDB Online, Typing Fast, dan Kahoot ICT.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 04 Julai 2022 ( Isnin )

Masa           : 2.00 Petang Hingga 3.30 Petang

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Lepasan SPM

 

Tujuan :

Sesi Taklimat Kerjaya yang dijalankan bertujuan untuk memberi makluman awal mengenai keperluan sesebuah syarikat dalam membuat pemilihan tenaga kerja dan sesi ini telah  melibatkan 3 orang lepasan SPM yang sedang mencari pekerjaan. Manakala majikan pula adalah dari Syarikat Swasta.

 

Aktiviti :

Dengan menggunakan applikasi Google Meet taklimat kerjaya dilakukan secara video conference atau boleh juga disebut sebagai meeting online. 

 

Gambar di sini.

Tarikh         : 20 Jun 2022 ( Isnin )

Masa           : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Komuniti Pekan Naka

Tujuan :

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

 

Aktiviti :

Pemohon membuat pendaftaran akaun dan seterusnya memohon dengan mengisi maklumat yang diperlukan di laman web https://rmr.spnbonline.com.my/. Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon mencetak borang untuk dihantar ke pejabat SPNB.

Gambar di sini.

Tarikh         : 23 Jun 2022 ( Khamis )

Masa           : 2.30 Petang Hingga 4.30 Petang

Tempat       : Perpustakaan Desa Padang Nyior

Peserta       : Pengawas Perpustakaan SMK Padang Terap

Tujuan :

Program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Padang Nyior ini adalah sempena dengan sumbangan 2 unit aircond dari Dr Kamarul dekan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk kegunaan perpustakaan SMK Pdang Terap. Program yang diadakan pada sebelah petang ini berkonsepkan santai bersama pelajar.

Aktiviti :

Dr Kamarul memberi sedikat motivasi kepada pelajar yang hadir seterusnya memberi sumbangan kepada guru sekolah yang terlibat. Turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh petugas PEDi. Di penghujung program, petugas PEDi kluster Padang Terap memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) berkenaan pentingnya kita melindungi maklumat peribadi seterusnya diakhiri dengan kuiz serta penyampaian hadiah.

 

Gambar di sini.

Tarikh         : 15 Jun 2022 ( Rabu )

Masa           : 11.00 Pagi Hingga 1.00 Petang

Tempat       : Dataran Persisiran Sungai Kuala Nerang

Peserta       : Staf Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap.

 

Tujuan :

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada masyarakat.

 

Aktiviti :

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya petugas PEDi daerah Padang Terap iaitu Wan Suriyani Pedi Kg Tanjung,mengadakan demo masakan durian Crepe. Selesai demo masakan Puan Wan Suriyani memberi taklimat kepada orang ramai mengenai PEDi

 

Gambar di sini.