Tarikh         : 07 November 2022 (Isnin)

Masa           : 3.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Usahawan Pekan Naka

 

Tujuan :

Tujuan adalah untuk meluas dan memperkasa pasaran produk IKS serta pembangunan produk yang mampu berdaya saing di pasaran domestik dan global.

 

Aktiviti:

Usahawan menggunakan portal i-pemasaran bagi melengkapkan maklumat diri dan maklumat produk yang diperlukan oleh pihak FAMA.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 03 November 2022 (Khamis)

Masa           : 2.30 Petang Hingga 5.30 Petang

Tempat       : PEDi Tong Pelu, Pedu.

Peserta       : Komuniti Daerah Padang Terap

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan bagi memperkenalkan produk tupperware kepada komuniti dan memberi penerangan mengenai kemampuan produk ini untuk menjana pendapatan usahawan.

 

Aktiviti :

Antara aktiviti sepanjang kelas berlangsung adalah taklimat usahawan oleh Rakan Digital (RD) penganjur turut membuat demo menggunakan produk yang disediakan seperti chopper dan penapis air dan Kelas berakhir dengan acara cabutan bertuah kepada peserta yang hadir.

 

Gambar di sini

 

Tarikh         : 17 Oktober 2022 (Isnin)

Masa           : 2.30 Petang Hingga 3.30 Petang

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :

Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.

 

Aktiviti :

Pelajar mendaftar sebagai pengguna dan menjawab kuiz di laman web http://dcs.moe.edu.my/ . Setelah selesai menjawab kesemua soalan, peserta akan diberikan sijil oleh pihak MDEC mengikut pencapaian markah individu tersebut.

 

Gambar di sini

 

Tarikh         : 27 Oktober 2022 (Khamis)

Masa           : 10.30 Pagi Hingga 1.30 Petang

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Komuniti Daerah Padang Terap

 

Tujuan :

Temuduga yang dilakukan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan penolong pengurus di lokasi PEDi Kg Belukar Luas dan PEDi Kg Tanjung.

 

Aktiviti :

Masing-masing calon seramai 6 orang dan diinterview oleh wakil Telekom Malaysia Berhad dan wakil MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 10 Oktober 2022 (Jumaat)

Masa           : 9.30 Pagi Hingga 12.30 Tengahari

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Usahawan Daerah Padang Terap

Tujuan :

Kursus Pengendalian makanan ini wajib sekali seumur hidup untuk semua pengendali makanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan makanan.

 

Aktiviti :

Kursus yang dikendalikan oleh PEDi Pekan Naka ini dilakukan secara online selama 3 jam dan disertai oleh 10 orang usahawan tempatan yang bergiat aktif dalam perniagaan masakan.

 

Gambar di sini