Tarikh         :    20 Februari 2023 (Isnin)

Masa           :   9.00 Pagi Hingga 6.00 Petang

Tempat       :    PEDi Kampung Tanjung

Peserta       :   Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :

Program santai ICT yang telah dianjurkan oleh PEDi Kampung Tanjung ini bertujuan untuk melahirkan generasi kanak-kanak yang celik ICT disamping mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

 

Aktiviti:

Program yang memakan masa hapir seharian ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti taklimat klik dengan bijak, permainan pendidikan, solat zohor berjemaah, sukaneka rakyat, chef cilik dan banyak lagi.
 
 
 

Gambar di sini

 

 

Tarikh         :    12 Februari 2023 (Ahad)

Masa           :   9.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Pekebun Kecil Daerah Padang Terap

Tujuan :

Penyelidik daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sedang menjalankan pengumpulan data penyelidikan dalam kalangan
Pekebun Kecil Getah di sekitar Padang Terap, Kedah. Kajian yang telah dibiayai oleh Majlis Getah Malaysia ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesejahteraan Pekebun Kecil Getah dari segi sosial, ekonomi, persekitaran & pendidikan, teknologi & komunikasi, serta Kesihatan & keselamatan pekerja.

Aktiviti:

Enumerator menemubual respondan, dengan mengajukan soalan-soalan berpandukan borang kaji selidik dan responden yang terdiri dari Pekebun Kecil Getah ini dikumpulkan di PEDi Pekan Naka. Rata-rata  Pekebun Kecil ini tinggal dikawasan sekitar Pekan Naka dan sesi temubual ini berlangsung lebih kurang 1 jam.

Gambar di sini

Tarikh         :    02 Februari 2023 (Khamis)

Masa           :   10.00 Pagi Hingga 1.00 Tengahari

Tempat       :    PEDi Kampung Tanjung, Padang Terap.

Peserta       :   Penolong Pengurus.

 

Tujuan :

Program yang direka untuk menggalakkan pekerja yang mahir untuk melatih dan melengkapkan pekerja baru dengan kemahiran yang relevan dengan keadaan semasa.

 

Aktiviti:

Dalam sesi ini, pengurus memberi taklimat dan latihan kepada penolong pengurus yang baru untuk mempelajari sistem yang terdapat di PEDi Daerah Padang Terap. Latihan yang diajar termasuklah penggunaan CMS web, My Comms, Portal PEDi, Docket dan beberapa tugasan bulanan serta harian yang lain.

 

Gambar di sini

Tarikh         :    08 Februari 2023 (Rabu)

Masa           :   10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat       :    PEDi Pekan Naka, Padang Terap.

Peserta       :   Usahawan Risda

 

Tujuan :

Tujuan profile syarikat dibuat adalah untuk melayakkan seorang usahawan memohon dana kewangan dari pihak Risda dalam meningkatkan lagi pendapatan dan saiz perniagaan seseorang peniaga.

 

Aktiviti:

Usahawan menggunakan kemudahan komputer di PEDi Pekan Naka bagi menyiapkan profile syarikat yang diperlukan oleh pihak Risda dalam usaha bagi  memperoleh dana kewangan berbentuk peralatan perniagaan dari pihak Risda.
 

Gambar di sini

 

Tarikh         :    20 Januari 2023 (Jumaat)

Masa           :    10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat       :    PEDi Pekan Naka

Peserta       :   Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :

Kelas yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan komponen komputer kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Pendedahan asas ini diperlukan bagi memastikan pengguna PEDi atau komuniti sekitar mengenali kelengkapan sebuah komputer dan fungsi setiap komponen tersebut.. 

 

Aktiviti:

Sepanjang program ini, pengurus PEDi Pekan Naka memberi taklimat bergambar kepada peserta berkenaan komponen yang terdapat dikomputer serta fungsi setiap komponen tersebut. Selesai taklimat, seterusnya turut diadakan kelas menaip (microsoft word) dan Kuiz Kahoot IT yang mengandungi 20 soalan.
 

Gambar di sini