Tarikh : 02 Februari 2023 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Hingga 1.00 Tengahari Tempat : PEDi Kampung Tanjung, Padang Terap. Peserta : Penolong Pengurus. |
Tujuan :
Program yang direka untuk menggalakkan pekerja yang mahir untuk melatih dan melengkapkan pekerja baru dengan kemahiran yang relevan dengan keadaan semasa.
Aktiviti:
Dalam sesi ini, pengurus memberi taklimat dan latihan kepada penolong pengurus yang baru untuk mempelajari sistem yang terdapat di PEDi Daerah Padang Terap. Latihan yang diajar termasuklah penggunaan CMS web, My Comms, Portal PEDi, Docket dan beberapa tugasan bulanan serta harian yang lain.