Tarikh         : 07 Jun 2022 ( Selasa )

Masa           : 4.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Lepasan SPM

Tujuan :

Kolej Komuniti merupakan sistem pendidikan tinggi yang berada di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti menyediakan perkhidmatan menerusi tawaran kursus jangka pendek serta kursus sepenuh masa yang mendapat pengiktirafan kerajaan.

 

Aktiviti :

Pelajar lepasan SPM membuat permohonan online melalui ePengambilan Kolej Komuniti bagi sesi 1 2022/2023 melalui link http://ambilan.mypolycc.edu.my/.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 03 Jun 2022 ( Jumaat )

Masa           : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Pagi

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Belia

 

Tujuan :

Ujian Kemahiran Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merupakan ujian secara online untuk menilai calon-calon pemilihan bagi menyandang jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) samada secara tetap ataupun kontrak.

 

Aktiviti :

Calon dikehendaki menjawab ujian secara atas talian selama 1 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Sekiranya lulus ujian online,calon layak untuk sesi MAC iaitu sesi pemilihan dan temuduga untuk jawatan PPP.

 

Gambar di sini

Tarikh         : 20 Mei 2022 ( Jumaat )

Masa           : 3.00 Petang Hingga  4.00 Petang

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah

Tujuan :

Jigsaw Puzzle online merupakan sebuah permainan yang sangat bermanfaat dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak. Selain dapat mengisi masa lapang dengan permainan yang berfaedah, permainan susun suai gambar ini juga dapat membantu melatih fungsi otak.

Aktiviti :

Pelajar membuat susun suai gambar di komputer secara atas talian. Permainan ini dilakukan secara persaingan antara individu atau peserta, kepantasan susunan gambar dengan betul akan dikira sebagai pemenang. 

Gambar di sini

Tarikh         : 21 Mei 2022 ( Sabtu )

Masa           : 10.00 Pagi Hingga  12.00 Tengahari

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah

 

Tujuan :

Kelas Postermywall dibuat bagi tujuan untuk mengajar pelajar cara menghasilkan kad ucapan hari guru sempena sambutan hari guru di seluruh Malaysia baru-baru ini.

Aktiviti :

Pelajar memilih design kad mengikut citarasa masing-masing dan mengubah gambar serta tulisan bagi menghasilkan sebuah kad ucapan khas untuk guru kesayangan mereka.

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh         : 05 Mei 2022 ( Ahad )

Masa           : 4.00 Petang Hingga  6.00 Petang

Tempat       : PEDi Pekan Naka

Peserta       : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan :

Pelajar menyiapkan carta organisasi kelas yang terdiri daripada guru kelas dan pelajar mengikut jawatan yang telah dilantik untuk menjadi rujukan kelas.

Aktiviti :

Pelajar membuat carta organisasi dengan menggunakan microsoft power point.

Gambar di sini