Tarikh : 23 Julai 2019 (Selasa) Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang Tempat : TH Hotel & Pusat Konvensyen Alor Setar, Kedah. |
Tujuan :-
Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya usahawan untuk berkecimpung dalam perniagaan internet secara meluas dan berkesan. Perkongsian ilmu perniagaan dari usahawan terkemuka di Malaysia seperti Puan Anne Idris (Pengasas My Mums Bakery's), Amir Syakireen Ramli (Ketua Pegawai eksekutif Hipster Pomade), Sharifah Nazreen Farhana ( Pengarah Matrade Zon Utara), dan Mohamad Hanif Bin Abu Hassan( Bank Rakyat Eksekutif)
Aktiviti :-
Taklimat perniagaan internet disampaikan oleh usahawan terkemuka dan mereka yang telah berjaya mencipta nama sebagai usahawan berjaya di Malaysia. Pelbagai ilmu dan pengalaman mereka sepanjang bergelar usahawan dari awal sehingga ke peringkat sekarang dikongsikan sepanjang bengkel berlangsung.