Tarikh : 13 April 2019 (Sabtu) Masa : 12.00 Tengahari Hingga 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Belia Wanita |
Tujuan :-
Melatih kita untuk sentiasa berdisiplin menjaga imej melalui solekan sebagai seorang pekerja, suri rumah sepenuh masa, peniaga agar lebih berkeyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. Selain itu peserta dapat menjimatkan wang daripada berbelanja lebih selepas mengetahui ilmu solekan peribadi yang "simple & beautiful"
Aktiviti :-
Peserta diberi taklimat tentang penjagaan kulit wajah dan cara make yang betul.
Pertandingan make up tercantik beserta hadiah dan sijil kepada peserta.
Tarikh : 09 April 2019 (Selasa) Masa : 2.00 Petang Hingga 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Kampung Musa Peserta : Petugas Mini RTC & Pusat Internet |
Tujuan :-
Memberi tunjuk ajar cara menghasilkan Video menggunakan Aplikasi Movavi. Kelas yang diketuai oleh Encik Amir dari Mini RTC Bukit Kura Pedu dan peserta pula terdiri daripada petugas Mini RTC dan Pusat Internet Kluster Padang Terap.
Aktiviti :-
Peserta diberi tunjuk ajar cara menghasilkan video dan seterusnya setiap peserta dikehendaki untuk membuat video dengan idea sendiri seterusnya mempersembahkan kepada peserta lain.
Tarikh : 24 Mac 2019 ( Ahad ) Masa : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :-
UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu ujian ini juga dilakukan bertujuan untuk menyertai program seperti Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, Universiti Sains Islam Malaysia, Program Mukhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan (KPI) pemilihan ambilan Asas 1 tahun 2020, PPCS STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS @UKM Disember 2019) dan Kolej PERMATApintarยฎ UKM ambilan Asas 1 tahun 2020.
Aktiviti :-
Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan ujian yang diberikan dan pelajar yang berjaya mendapat skor yang ditetapkan layak mendapat sijil penyertaan.
Tarikh : 01 April 2019 ( Isnin ) Masa : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar IPT dan Lepasan Sekolah |
Tujuan :-
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar lepasan sekolah memohon pekerjaan secara atas talian dengan menggunakan email dan portal syarikat. Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk menghantar resume melalui email dan cara mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi.
Aktiviti :-
Peserta mengisi borang secara atas talian dan memuatnaik segala keperluan seperti resume dan sijil akademik bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Tarikh : 18 Mac 2019 ( Isnin ) Masa : 10.00 Pagi Hingga 11.30 Pagi Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Lepasan Sekolah |
Tujuan :-
- Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia berperanan mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam).
- Pelajar lepasan sekolah perlu membeli no PIN dan mengisi UPU secara atas talian bagi mendapatkan tempat di Institusi pendidikan yang dimohon.
Aktiviti :-
Pelajar membuat memohon UPU secara atas talian dengan bantuan petugas Pusat Internet.