Tarikh    : 24 Mac 2019 ( Ahad )

Masa     : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :-

UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu ujian ini juga dilakukan bertujuan untuk menyertai program seperti Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, Universiti Sains Islam Malaysia, Program Mukhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan (KPI) pemilihan ambilan Asas 1 tahun 2020, PPCS STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS @UKM Disember 2019) dan Kolej PERMATApintar® UKM ambilan Asas 1 tahun 2020.

Aktiviti :-

Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan ujian yang diberikan dan pelajar yang berjaya mendapat skor yang ditetapkan layak mendapat sijil penyertaan.

 

Gambar Di Sini