Tarikh    : 23 Febuari 2019 ( Sabtu )

Masa     : 4.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Pra Sekolah ( 6 Tahun)

 

Tujuan :- 

Waris kepada pelajar Pra Sekolah yang terdiri daripada masyarakat siam mengambil inisiatif untuk menggalakkan anak mereka mempelajari ABC dan sebutan Bahasa Malaysia menggunakan media internet. Berbekalkan komputer di Pusat Internet dan dengan bantuan petugas mereka yakin ini adalah salah satu kelainan yang ada selain belajar menerusi buku di rumah bagi menarik minat anak-anak dalam pembelajaran. Kaedah ini dapat menghiburkan anak-anak seusia mereka seterusnya dapat meningkatkan kefahaman anak-anak dalam pembelajaran Bahasa Malaysia.

Aktiviti:-

Petugas membantu waris membuka laman web di internet untuk mengenal dan mendengar cara sebutan Abjad ABC di Internet.

Membaca dan mendengar sebutan Suku Kata dalam Bahasa malaysia.

 Gambar Di Sini

 Tarikh    : 16 Febuari 2019 ( Sabtu )

Masa     : 7.00 Pagi Hingga 2.00 Petang

Tempat  : Sekolah Kebangsaan Perik

Peserta : Pelajar, Guru Sekolah Kebangsaan Perik, Rukun Tetangga Perik & Komuniti Kg. Perik

Tujuan :-

Program G-Kom " Budaya bersih ke arah kecemerlangan anjuran KRT Kg. Perik telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan luar biasa dari komuniti sekitar .Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu penduduk kampung menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran Kampung sekaligus menjurus ke arah usaha membendung penularan wabak denggi di kawasan ini. Pusat Internet Kluster Padang Terap turut mngambil bahagian membuka booth dan menjalankan beberapa aktiviti.

Aktiviti :-

- Teka Silang Kata

- Pendaftaran Ahli Baru Pusat Internet

- Kira Jumlah KDB

- Susun Atur Perkataan

- Permainan Klip Kertas terpung

- Gerai Jualan

Gambar Di Sini

 

Tarikh    : 07 Febuari 2019 ( Khamis )

Masa     : 12.00 Tengah Hari Hingga 1.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka.

Peserta : Pelajar ILP Jitra

 

Tujuan :- Menyiapkan Kerja Kursus

 

Aktiviti :- Mencari gambar mesin dan menaip fungsi serta kegunaan mesin.

 

Gambar Di Sini

 Tarikh    : 13 Febuari 2019 ( Rabu )

Masa     : 12.00 Tengah Hari Hingga 1.00 Petang

Tempat  : Sekolah Kebangsaan Nami

Peserta : Pelajar & Guru Sekolah Kebangsaan Nami

 

Tujuan :- 

Tujuan Taklimat KDB diberikan adalah memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai bahaya penagihan internet sehingga memberikan kesan negatif dalam pembelajaran pelajar. Petugas memberi pendedahan agar pelajar mengenali diri sendiri samada mereka merupakan salah seorang dari tergolong daripada orang yang ketagihan internet.

 

Aktiviti :- 

Memberi Taklimat mengenai Bahaya ketagihan Internet dikalangan pelajar yang boleh membawa kepada kemerosotan prestasi akademik.

Soalan Kuiz

Gambar Di Sini

Tarikh    : 26 Januari 2019 ( Sabtu )

Masa     : 10.00 Pagi Hingga 5.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Kampung Tanjung.

Peserta : Pengurus & Penolong Pengurus Kluster Padang Terap.

Tujuan :-

Kursus TTT merupakan kursus yang dianjurkan oleh pihak suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada semua petugas pusat Internet yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus kluster padang Terap. Kursus ini bertujuan untuk melatih petugas menjadi pelatih yang mampu berkomunikasi dengan orang ramai ataupun komuniti. Kursus yang diketuai oleh Ketua kluster ini berlangsung selama 2 hari bermula 25 januari 2019 hingga 26 januari 2019.

Aktiviti :-

Petugas diberi tugasan masing-masing dengan satu tajuk yang berlainan. Petugas dikehendaki membuat slide dan membentangkan kepada peserta yang lain. sepanjang pembentangan berlangsung, peserta akan diajukan beberapa soalan bagi mmemantapkan tahap kefahaman semua peserta. Selain itu, sepanjang kursus berlangsung peserta turut disediakan dengan permainan berkumpulan.

Antara tajuk tugasan peserta ialah :-

- Ketagihan Internet

- Akta & Undang-Undang

- Sexting

- Pengantunan Dalam Talian

- Buli Cyber

- Love Scam

- Peranan Ibu Bapa

- Pengawasan Kanan-kanan Dalam Talian

Gambar Di Sini