Tarikh    : 20 April 2019 ( Sabtu )

Masa     : 9.00 Pagi Hingga 2.00 Petang

Tempat  : Dewan orang ramai Kg. Tanjung Piring

Peserta : Komuniti Kg. Tanjung Piring

 

Tujuan :-

  • Rukun tetangga Kg. Tanjung Piring sekali lagi telah bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Alor Setar bagi menganjurkan Program Ceramah Kesedaran Mengenai Bahaya Dadah. Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai AADK ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat.

Aktiviti :-

- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) disampaikan oleh wakil Petugas Pusat Internet Kluster Padang terap.

- Kuiz Bahaya salahguna Internet.

- Pertandingan mewarna poster dadah

- Kuiz dan permainan kenali dadah

Gambar Di Sini

 

Tarikh    : 13 April 2019 (Sabtu)

Masa     : 12.00 Tengahari Hingga 5.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta  : Belia Wanita

 

Tujuan :-

Melatih kita untuk sentiasa berdisiplin menjaga imej melalui solekan sebagai seorang pekerja, suri rumah sepenuh masa, peniaga agar lebih berkeyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. Selain itu peserta dapat menjimatkan wang daripada berbelanja lebih selepas mengetahui ilmu solekan peribadi yang "simple & beautiful" 

Aktiviti :-

Peserta diberi taklimat tentang penjagaan kulit wajah dan cara make yang betul.

Pertandingan make up tercantik beserta hadiah dan sijil kepada peserta. 

Gambar Di Sini

Tarikh    : 01 April 2019 ( Isnin )

Masa     : 10.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar IPT dan Lepasan Sekolah

 

Tujuan :-

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar lepasan sekolah memohon pekerjaan secara atas talian dengan menggunakan email dan portal syarikat. Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk menghantar resume melalui email dan cara mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi.

Aktiviti :-

Peserta mengisi borang secara atas talian dan memuatnaik segala keperluan seperti resume dan sijil akademik bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Gambar Disini

 

Tarikh    : 09 April 2019 (Selasa)

Masa     : 2.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Kampung Musa

Peserta : Petugas Mini RTC & Pusat Internet

 

Tujuan :-

Memberi tunjuk ajar cara menghasilkan Video menggunakan Aplikasi Movavi. Kelas yang diketuai oleh Encik Amir dari Mini RTC Bukit Kura Pedu dan peserta pula terdiri daripada petugas Mini RTC dan Pusat Internet Kluster Padang Terap.

 

Aktiviti :-

Peserta diberi tunjuk ajar cara menghasilkan video dan seterusnya setiap peserta dikehendaki untuk membuat video dengan idea sendiri seterusnya mempersembahkan kepada peserta lain.

Gambar Di Sini

 

 

Tarikh    : 24 Mac 2019 ( Ahad )

Masa     : 11.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan :-

UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu ujian ini juga dilakukan bertujuan untuk menyertai program seperti Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, Universiti Sains Islam Malaysia, Program Mukhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan (KPI) pemilihan ambilan Asas 1 tahun 2020, PPCS STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS @UKM Disember 2019) dan Kolej PERMATApintar® UKM ambilan Asas 1 tahun 2020.

Aktiviti :-

Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan ujian yang diberikan dan pelajar yang berjaya mendapat skor yang ditetapkan layak mendapat sijil penyertaan.

 

Gambar Di Sini