Tarikh    : 26 November 2018 ( Rabu )

Masa     : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar sekolah Menengah dan lepasan sekolah

 

Tujuan :-

Peserta diajar cara untuk membuka akaun gmail bagi memudahkan peserta memohon pekerjaan di atas talian. menjadi kemestian bagi setiap pemohon pekerjaan untuk memiliki akaun email bagi melengkapkan status sebagai pencari kerja.

 

Aktiviti :-

- Membuat akaun gmail.

- Mengedit resume peserta yang sedia ada.

Gambar Di Sini

Tarikh    : 22 November 2018 ( Khamis )

Masa     : 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Belia

Tujuan :-

Peserta diberi tunjuk ajar untuk memohon pekerjaan secara atas talian dengan menghantar surat permohonan dan resume melalui email. Permohonan ini mengikut kehendak syarikat dan berdasarkan kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Aktiviti :-

Peserta diajar cara membuat surat  permohonan pekerjaan kepada majikan.

Peserta diajar cara untuk mengedit gambar bagi diletakkan dalam resume.

Petugas PI turut mengajar peserta untuk membuat format resume dan maklumat lengkap yang perlu diisi bagi memenuhi kehendak sesuatu tawaran pekerjaan yang wujud di pasaran kerja.

Gambar Di Sini

 

Tarikh    : 15 November 2018 ( Khamis )

Masa     : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tempat  : Pusat Internet Belimbing Kanan, Kuala Nerang

Peserta : Petugas Pusat Internet Kluster Padang Terap

 

Tujuan :- Untuk mengadakan program secara kerjasama pada masa akan datang diantara Pusat Internet Kluster Padang Terap dengan Kolej Komuniti Padang Terap.

 

Aktiviti :- Perbincangan bersama Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Padang Terap Mengenai Program Bersama Yang akan Dijalankan antara Pusat Internet Padang Terap dan Kolej Komuniti. Disamping itu tenaga pengajar KKPT turut mengadakan kelas masakan brownies untuk penduduk sekitar.

Gambar Di Sini

Tarikh    : 17 November 2018 ( Sabtu )

Masa     : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Sekolah Kebangsaan Naka

 

Tujuan :- Kelas tambahan yang diadakan di PI Pekan Naka bertujuan untuk membantu pelajar dalam matapelajaran bahasa melayu yang diambil di sekolah.

 

Aktiviti :- Pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan penulisan karangan yang bertajuk " Kecurian yang berlaku di sekitar saya"

Gambar Di Sini

 

Tarikh    : 10 November 2018 ( Sabtu )

Masa     : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Naka

 

Tujuan :- Untuk memudahkan pelajar & ibu bapa menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak mereka secara atas talian.

 

Aktiviti :- Mengisi Markah pelajar yang mengambil ujian dan peperiksaan dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Gambar Di Sini