Tarikh : 17 Disember 2018 ( Isnin ) Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (Tahap 1) |
Tujuan :-
Kelas ini diadakan kepada pelajar tahap 1 bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara berimaginasi memilih bentuk geometri dan warna yang disukai menggunakan komputer. Seterusnya kelas ini meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep bentuk asas geometri dan konsep warna lembut dan warna terang.
Aktiviti :-
Memilih 10 bentuk geometri yang berbeza dengan menggunakan microsoff word.
Seterusnya mewarna dan menyusun bentuk-bentuk geometri yang dipilih mengikut citarasa peserta beserta gabungan warna lembut dan terang.
Tarikh : 13 Disember 2018 ( Khamis ) Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Menengah. |
Tujuan :-
Untuk mengajar Peserta menyiapkan surat rasmi mengikut format yang betul dan membantu waris membuat pendaftaran darjah satu sesi 2019/2020 secara atas talian.
Aktiviti :-
Membuat surat rasmi mengikut format yang betul untuk memohon rumah Keda.
Membimbing peserta untuk membuat pendaftaran darjah satu bagi sesi 2019/2020 secara atas talian.
Tarikh : 02 Disember 2018 ( Ahad ) Masa : 9.30 Pagi - 11.00 Pagi Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah |
Tujuan :-
Tujuan kelas ini diadakan bagi memastikan peserta yang terdiri daripada ahli pusat internet dan pengunjung tetap, tahu cara menggunakan microsoff word. Selain itu petugas turut mengadakan aktiviti typing fast bagi membolehkan peserta menaip dengan cepat dan cekap.
Aktiviti :-
- Menaip biodata peserta secara pantas dan betul.
- Mengedit dan memasukkan sekeping gambar pilihan di biodata peserta.
Tarikh : 05 Disember 2018 ( Isnin ) Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari Tempat : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kuala Nerang. Peserta : Warga PDK Daerah Padang Terap. |
Tujuan:-
Kuiz dan taklimat KDB diberikan kepada warga Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan guru-guru di PDK Daerah Padang Terap mengenai bahaya penyalahgunaan internet. Selain itu, aktiviti ini dapat menghiburkan golongan istimewa seterusnya mendekatkan masyarakat dengan golongan orang kurang upaya agar mereka tidak berasa tersisih dan dipinggirkan oleh masyarakat.
Aktiviti :-
- Taklimat KDB
- Kuiz soal jawab berdasarkan taklimat yang diberikan oleh petugas Pusat Internet.
- Aktiviti gerakkan badan beserta nyanyian.
Tarikh : 30 November 2018 ( Jumaat ) Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi Tempat : Pusat Internet Pekan Naka Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan :-
Kelas tambahan ini berobjektif untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan keupayaan murid dalam menjawab soalan-soalan matematik.
Di samping itu, murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan berkaitan dengan mata pelajaran UPSR.
Aktiviti :-
Pelajar diajar cara untuk menyelesaikan soalan matematik & menyiapkan latihan yang disediakan oleh petugas.