Tarikh    : 23 Febuari 2019 ( Sabtu )

Masa     : 4.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat  : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : Pelajar Pra Sekolah ( 6 Tahun)

 

Tujuan :- 

Waris kepada pelajar Pra Sekolah yang terdiri daripada masyarakat siam mengambil inisiatif untuk menggalakkan anak mereka mempelajari ABC dan sebutan Bahasa Malaysia menggunakan media internet. Berbekalkan komputer di Pusat Internet dan dengan bantuan petugas mereka yakin ini adalah salah satu kelainan yang ada selain belajar menerusi buku di rumah bagi menarik minat anak-anak dalam pembelajaran. Kaedah ini dapat menghiburkan anak-anak seusia mereka seterusnya dapat meningkatkan kefahaman anak-anak dalam pembelajaran Bahasa Malaysia.

Aktiviti:-

Petugas membantu waris membuka laman web di internet untuk mengenal dan mendengar cara sebutan Abjad ABC di Internet.

Membaca dan mendengar sebutan Suku Kata dalam Bahasa malaysia.

 Gambar Di Sini