Tarikh   : 13 Mei 2018 ( Ahad )

Masa    : 11.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka

Peserta : 2 Orang

 

Tujuan :- Sempena hari ibu, petugas mengadakan kelas bagi 2 pelajar sekolah rendah untuk mencipta kad Hari Ibu yang menarik dan terdiri daripada pelbagai jenis dan "design".

 

Aktiviti :- Membuat kad hari Ibu mengikut pelbagai design dan warna yang cantik dari web Poster My Wall. Seterusnya mencetak keluar untuk dihadiahkan kepada ibu peserta.

Gambar Di Sini

 

Tarikh        : 07 Mei 2018

Masa         : 10.00 Pagi Hingga 2.00 Petang

Tempat      : Pusat Internet Belimbing Kanan.

Peserta     : 17 Peserta

Tujuan :- Temuduga terbuka ini diadakan oleh pihak syarikat Jabil dengan kerjasama Job Malaysia bagi memenuhi kekosongan jawatan operator pengeluaran di syarikat Jabil Circuit Bayan Lepas. Ini merupakan kali kedua mereka mengadakan temuduga terbuka melalui Pusat Internet Belimbing Kanan. Peserta yang terdiri dari lepasan Sekolah dan lepasan Universiti seramai 17 orang datang ke temuduga tersebut untuk mendapatkan pekerjaan.

Aktiviti :-

Temuduga secara atas talian diantara pihak Sumber Manusia dengan pemohon pekerjaan. Pekerja diberi pendedahan dan maklumat berkenaan bidang tugas operator pengeluaran, Latarbelakang Syarikat dan faedah-faedah yang disediakan oleh syarikat kepada pekerja, seperti Gaji, Cuti, bonus, fasiliti dan lain-lain Intensif.

Gambar Di Sini

Tarikh : 04 Mei 2018 ( Jumaat )

Masa : 10.00 Pagi Hingga 3.00 Petang

Tempat : Masjid Al-Hidayah Pekan Naka

Peserta : 40 Orang

Tujuan :- Program Pemeriksaan kesihatan bergerak secara percuma ini merupakan anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Yayasan Buah pinggang Kebangsaan (NKF). Bas bergerak di kawasan pedalaman untuk menjalankan pemeriksaan saringan dengan tujuan utama untuk mengesan penyakit di peringkat awal disamping untuk memberikan pendidikan tentang kesihatan kepada penduduk sekitar Daerah Padang Terap.

Aktiviti :-

- Pemeriksaan Tekanan Darah

- Ujian Air Kencing

- Kolesterol Dalam darah

- Kadar Gula Dalam Darah

- Indeks Jisim Tubuh

- Kaunseling

Tarikh    : 06 Mei 2018 (Ahad)

Masa     : 9.00 Pagi Hingga 2.00 Petang

Tempat  : Tapak Kilang Wangi Kg. Tengah Kurong Hitam, Pdg Terap

Peserta : 200 Orang

Tujuan :- Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian ini memberi peluang kepada Kilang Beras Wangi untuk terus beroperasi dalam membekalkan beras wangi secara besar-besaran di pasaran Malaysia disamping membekalkan peluang pekerjaaan kepada tenaga kerja di Luar bandar tanpa perlu berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan dan mencipta masadepan yang cerah.

Aktiviti :-

Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Pemberian Sumbangan kepada Pasawah

Cabutan Bertuah

Pertandingan Pidato Sekolah Rendah

Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah

Pertandingan Memasak Komuniti

Perasmian dan penyerahan kunci kilang Wangi

Gambar Di Sini

Tarikh : 03 Mei 2018 ( Khamis )

Masa : 3.00 Petang Hingga 5.30 Petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Tanjung Padang Terap Kiri.

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan :- Disamping bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu IT, Petugas PI menganjurkan bangkel  cara membuat kuih tradisinal (Kuih loyang) ini bertujuan untuk menjana pendapatan penduduk luar bandar dengan menjadi usahawan di daerah Padang Terap.

Aktiviti :-

Taklimat Klik dengan Bijak kepada peserta

Membuat Kuih Loyang proses awal hingga akhir.

Cara Menggunakan Module yang terdapat di dashboard komuniti.

Gambar Di Sini