Tarikh                 : 07 Mac 2018

Masa                  : 1.30 Petang Hingga 2.30 Petang

Tempat               : Pusat Internet Pekan Naka.

Pegawai terlibat : 7 Orang 

Tujuan :-
Setiap fasa akan diperbaharui kontrak setiap lima tahun dan PI Pekan Naka merupakan salah 1 PI yang terlibat dengan SAT. Juruaudit akan memastikan setiap kerosakan yang ada di Pusat Internet diperbaiki dan diperbaharui.

Aktiviti :-

Pusat Internet terbahagi kepada 4 fasa iaitu fasa 2, 4, 5 dan 8. Antara Pegawai yang terlibat adalah En.Taufik (TM) En. Nik Mohd Nasir (MSD) En. Razali (MSD) En. Rozai (MSD) En. Darry (Gemilang) En. Arsyad (Gemilang) En. Sukri (Gemilang). Antara perkara yang diketengahkan semasa SAT adalah, struktur bangunan dan kerosakkan kelengkapan serta kemudahan yang terdapat di  PI.

Gambar Di sini

Tarikh               : 06 Mac 2018

Masa                : 3.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat             : Pusat Internet Pekan Naka.

Peserta           : 4 Orang

Tujuan :-

UPU Online merupakan sistem yang diwujudkan oleh , Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Malaysia, yang ditadbir oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar bagi pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran.Kelas ini diadakan bagi memudahkan pelajar mempelajari dan memahami cara memohon kemasukkan ke universiti tempatan.

Aktiviti :-

Petugas PI Pekan Naka mengajar cara memohon sistem UPU secara atas talian dan turut mengambil peluang membuat kelas secara langsung dengan pengguna lepasan SPM dan memberi taklimat mengenai kesesuaian subjek yang dipohon dengan pembelajaran di sekolah. 

Gambar Di sini

Tarikh : 25 Febuari 2018

Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Kampung Belukar Luas.

Peserta : 50 Orang

Tujuan :-

Pusat internet Kg Belukar Luas telah menganjurkan Benkel ICT & Keusahawanan kepada komuniti luar bandar yang terdiri daripada Petugas Perpustakaan Desa Daerah Padang Terap. (Zon 10).  Kebanyakkan peserta mempunyai minat dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, bangkel ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas ICT dan keusahawanan kepada peserta bengkel. Bengkel yang dikendalikan oleh salah seorang petugas Pusat Internet iaitu Wan Suriyani Bt Wan Senu mengambil masa selama empat jam yang padat dengan info yang berguna kepada peserta.

Aktiviti :-

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas Berlangsung ialah Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) oleh Wan Suriyani Wan Senu, Petugas Pusat Internet Kampung Tanjung, Padang Terap Kiri. Fokus kepada platform mudah dan menguntungkan yang boleh dimanfaatkan oleh peserta bagi menjana pendapatan sendiri melalui Internet.

Gambar Di sini

Tarikh             : 24 Febuari 2018

Masa              : 8.30 Pagi Hingga 2.00 Petang

Tempat           : Perkarangan PI Felda Lubuk Merbau.

Peserta           : 50 Orang 

Tujuan :-

Hari bersama Komuniti yang dianjurkan oleh PI Felda Lubok Merbau adalah bertujuan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Dashboard bagi tahun 2017. Pemenang tersebut yang merupakan penduduk Felda iaitu Aziziyah Binti Abdullah dan telah memenangi sebuah televisyen LCD 50". Tahniah kepada pemenang. Bagi memeriahkan majlis turut diadakan beberapa aktiviti antaranya :-

Aktiviti :-

Pertandingan Dekorasi Kek, "Sweetnya Bento" , Bengkel dashboard Komuniti, My health, Download Apps, Pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti sukaneka. Turut hadir beberapa wakil MSD dan TM antaranya ialah Encik Izzudin , Encik Mohd Sahril Bin Ahmad Rasdi
selaku DRM Operation negeri Kedah dan  Encik Nazarudin Bin Abu Bakar.

Gambar Di sini

Tarikh : 18 Febuari 2018

Masa : 10.30 Pagi - 1.00 Tengahari

Tempat : Pusat Internet Pekan Naka.

Pengguna Pusat Internet yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Terdapat tugasan berkumpulan dan individu. Antara tugasan yang diberikan oleh guru mereka ialah :-

1) Bahasa Melayu - Pelajar dikehendaki menulis 2 jenis karangan tidak rasmi menggunakan format yang betul.

2) Kemahiran Hidup Bersepadu - Pelajar dikehendaki menyenaraikan beberapa jenis jahitan tepi, dan di lengkapi dengan gambar mesin jahit yang digunakan ketika menyiapkan jahitan.

3) Sejarah - Proses Pembentukkan Tamadun.

Kesemua tugasan ini disiapkan dengan merujuk pelbagai sumber yang terdapat di internet dengan bantuan petugas PI. Petugas turut memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai jenayah siber dan bahaya penyalahgunaan internet masakini.

Gambar Di Sini