Tarikh : 17 Disember 2017
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Jelutong Kelulut Madu Trigona Agro Farm
Kursus ini dihadiri peserta yang terdiri daripada usahawan dang penghulu dari Daerah seberang Perai Tengah, Pulau pinang.
Pengusaha JKM Trigona Agro Farm memberikan taklimat mengenaikan cara mengendalikan Rumah Kelult dan Madu Kelulut.
Petugas PI turut terlibat dengan memberikan taklimat kepada peserta kursus mengenai bahaya internet dan media sosial masa kini.
Peserta turut diberikan taklimat KDB dan kuiz mengenai taklima KDB tersebut,
Tarikh : 15 Disember 2017
Masa : 9.00 Pagi
Lawatan FINAS ke tempat menarik Di Padang Terap, antaranya Penanaman Cendawan Volvariella, Beras wangi, Jelutung Kelulut Madu dan Pusat Internet Kampung Musa.
Tarikh : 11 Disember 2017
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Perpustakaan Desa Masjid Kampung Datuk.
Tarikh : 14 Disember 2017
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Pusat Internet Pekan Naka.
Petugas memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara membuat resume untuk memohon pekerjaan.
Peserta turut diberi taklimat mengenai Pasaran kerja masakini dan pentingnya menyediakan resume yang memenuhi kriteria seorang pekerja yang cemerlang.
Disamping itu petugas menunjukkan cara untuk mendaftar dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Tarikh : 06 Disember 2017
Tempat : PI Pekan Naka
Masa : 11.00 Pagi Hingga 4.00 Petang
Pembikinan Video dan demontrasi Masakkan Sup Cendawan Volvariella.
Petugas menunjukkan cara menyediakan menu berasaskan cendawan iaitu Sup Cendawan Volvariella dari awal hingga akhir proses.Cendawan volvariella sebelum ini lebih dikenali sebagai cendawan jerami kerana jerami padi digunakan sebagai medium penanaman.Cendawan istimewa ini kaya dengan protein dan merupakan sejenis cendawan yang paling tinggi kandungan vitamin serta mineral.Ia juga bebas karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau ingin menjaga bentuk badan.