Tarikh : 06 Disember 2017

Tempat : PI Pekan Naka

Masa : 11.00 Pagi Hingga 4.00 Petang

Pembikinan Video dan demontrasi Masakkan Sup Cendawan Volvariella.

Petugas menunjukkan cara menyediakan menu berasaskan cendawan iaitu Sup Cendawan Volvariella dari awal hingga akhir proses.Cendawan volvariella sebelum ini lebih dikenali sebagai cendawan jerami kerana jerami padi digunakan sebagai medium penanaman.Cendawan istimewa ini kaya dengan protein dan merupakan sejenis cendawan yang paling tinggi kandungan vitamin serta mineral.Ia juga bebas karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau ingin menjaga bentuk badan.