Tarikh : 03 Febuari 2018
Masa : 6.30 Petang Hingga 12.00 Malam
Tempat : Dataran Pekan Sehari Pekan Naka
Program ini merupakan kesinambungan dari pertandingan selawat & marhaban yang diadakan pada 25 Januari 2018 yang lalu. Disamping mengumumkan pemenang bagi pertandingan Selawat dan Marhaban penduduk sekitar Daerah Padang Terap turut mengadakan solat maghrib dan insyak secara berjemaah. Turut diadakan solat hajat serta doa untuk umat islam di bumi Palestin yang diimamkan oleh Imam Shariff dari Mekah dan Syeikh dari Yaman. Dalam majlis ini juga turut dijemput Ustaz Shamsul Debat untuk memberi ceramah bertajuk Sifat Rasulullah yang patut kita contohi oleh masyarakat islam hari ini. Program yang dianjurkan oleh ADUN Pedu ini mendapat sambutan dan berharap akan ada lagi program seumpama ini pada masa akan datang.
Pusat Internet Daerah Padang Terap, berperanan menayangkan video sepanjang majlis berlangsung dan menjual CD/DVD selawat & marhaban pada malam tersebut.
Tarikh : 28 Januari 2018
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Lubuk Merbau
Program ini diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan diantara komuniti melalui pelbagai aktiviti permainan dan gerai jualan. Disamping itu, program ini juga turut melibatkan Parlimen Padang Terap iaitu Dato Seri Mahawangsa Diraja Mahdzir Bin Khalid beramah mesra bersama rakyat.
Petugas PI turut diberikan Anugerah Khas iaitu petugas yang banyak memberikan komitmen dan pertolongan dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Felda Lubuk Merbau. Disamping itu beliau turut memenangi pertandingan Penjenamaan Buah Jambu.
Antara Aktiviti lain yang mendapat sambutan ialah Dashboard Komuniti (My Health) Taklimat KDB dan E-waste.
Tarikh : 18 Januari 2018
Masa : 8.30 Pagi - 10.30 Pagi
Tempat : Giat Mara Kuala Nerang
Pusat Internet (PI) Padang Terap berpeluang menyertai Program bersama Pelajar Giat Mara Kuala Nerang. Peserta program diberi taklimat mengenai misi dan peranan PI kepada masyarakat sekitar. Peserta turut diberikan taklimat mengenai jenayah siber pada masa kini dan cara menggunakan internet secara berhemah dan cara mengenalpasti sama ada sesuatu berita itu benar ataupun tidak sebelum diviralkan.
Disamping itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai Dashbord Komuniti dan fungsi setiap module dalam DK tersebut. Aktiviti permainan Kahoot It turut diselit, iaitu permainan soal jawab berkaitan dengan Internet dan PI bertujuan meningkatkan lagi pemahaman peserta.
Tarikh : 25 Januari 2018
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Masjid Al- Hidayah, Pekan Naka
Marhaban merupakan salah satu seni suara warisan Islam yang diamalkan oleh masyarakat melayu yang disampaikan dengan irama yang tersendiri. Amalan marhaban memberikan implikasi yang baik kepada masyarakat disamping menghayati puisi tentang Rasulullah ia juga mampu memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Program yang dianjurkan oleh ADUN Pedu ini melibatkan 11 kariah masjid yang masing-masingnya bakal membawa pulang ganjaran hadiah berupa wang ringgit mengikut pemenang. Hadiah tersebut berupa :-
Tempat Pertama : RM 3000.00
Tempat Kedua : RM 2000.00
Tempat ketiga : RM 1000.00
Hadiah Saguhati : RM 500.00
Pusat Internet berperanan merakamkan persembahan marhaban dan menghasilkan CD, yang akan dijual pada orang ramai pada 03 Febuari iaitu Majlis Penyampaian hadiah.
Tarikh : 15 Januari 2018
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : PI Pekan Naka
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pekan Naka Merupakan salah satu institusi yang menyediakan Perkhidmatan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan bantuan. PDK juga memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya memerlukan bantuan.
PDK Pekan Naka membawa empat orang ahlinya ke PI Pekan Naka untuk mengenal komputer dan mempelajari cara menggunakanya.Sebelum memulakan kelas Guru PDK Cikgu Zana menerangkan tatacara menggunakan Internet dengan betul dan adab ketika berada di PI. Sepanjang kelas berlangsung, empat pelajar ini diberi tontonan video cara menggosok gigi dan taklimat pentingnya menjaga kebersihan diri.
Dengan Bimbingan Dua Orang Guru dan petugas PI mereka kelihatan gembira dan menerima segala ilmu yang diajar.