Tarikh : 02 Jun 2018

Masa : 11.00 Pagi hingga 9.00 Malam.

Tempat : - Pusat Internet Belimbing Kanan, MYDIN Taman Saga, Alor Setar dan Hotel Residen Alor setar.

Peserta : 50 Orang Anak Yatim.

Tujuan :- Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan bersama -sama merasai keseronokkan menyediakan kelengkapan hari raya seperti pakaian lengkap buat mereka seperti kanak-kanak yang lain. Disamping itu, tujuan program ini, untuk mendidik petugas Pusat Internet agar lebih peka kepada golongan kurang bernasib baik seperti mereka, berkongsi rasa dan menerapkan nilai murni dalam diri serta mensyukuri nikmat yang ada.

Aktiviti :-

- Petugas bergerak ke Pusat Internet Belimbing Kanan Kuala Nerang bagi menyediakan peralatan yang akan digunakan dan pembahagian anak-anak yatim mengikut petugas sebagai fasilitator ketika aktiviti membeli belah.

- Solat Zohor berjemaah Di masjid Pulau Kijang serta taklimat ringkas kepada anak-anak yatim berkenaan aktiviti membeli pakaian raya.

- Membeli belah kelengkapan raya di Mydin Alor Setar.

- Menyampaikan sumbangan duit raya dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Gambar Di Sini