Tarikh : 09 April 2018 ( Isnin ) Masa : 9.00 Pagi Hingga 6 Petang Tempat : Institut Kemahiran Belia Negara Naka ( IKBN Naka ) Peserta : 200 Orang |
Tujuan :- Dirasmikan oleh Ybhg Dato Lokman Hakim Bin Ali iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan bersama YB Kama Noriah Bt Ibrahim menyempurnakan majlis perlancaran inkubator Teknologi pemprosesan makanan Zon Utara di IKBN Naka, inkubator dengan peralatan canggih bagi Teknologi Pemprosesan Makanan adalah yang pertama seumpamanya di zon utara dan ini menjadikan IKBN Naka sebagai peneraju hab latihan dan Inkubator Teknologi Pemprosesan Makanan di koridor utara. Sempena majlis tersebut, sebanyak lima nota persefahaman telah dimeterai antara KBS dengan Syarikat Otai Group, Aishah Food Industries, Iman Kasih Resources Ezy Food dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kedah untuk memastikan hasrat besar KBS dalam menjayakan halatuju Inkubator mencapai matlamat yang disasarkan. Kerjasama ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dan pengajar mengikuti latihan dengan situasi sebenar seperti di industri melalui latihan berbentuk training cum production.
Aktiviti :-
- Pameran TVET hasil kreativiti pelajar IKBN
- Gerai Jualan Usahawan tempatan
- Derma Darah
- Service Air Cond kereta - percuma
- Service Motor - percuma
- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
- Jamuan Rakyat
- Pertandingan Futsal