1. MASHITAH BINTI ABDUL KARIM

 Nama :    Mashitah Binti Abdul Karim
 Umur :    31 Tahun
 Ahli :   2016
Produk :   Kek, Kuih dan Roti

Latar belakang

Cik Mashitah Binti Abdul Karim merupakan pelajar lulusan Ijazah dalam bidang pengurusan dan memilih bidang cake & bakery sebagai kerjaya. Minat beliau dalam bidang cake & bakery sangat mendalam dan beliau turut menyertai beberapa modul kursus membuat roti dan kek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM900 – RM 2000 sebulan.

 Nama :   Nor Liana Binti Zulkifli
 Umur :  19 Tahun
 Ahli :   2016
Produk :   Mempelan Asam Boi

Latar belakang

Nor Liana merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Naka dan berada di tingkatan 6. Beliau mempunyai 7 orang adik beradik dan menceburi bidang persilatan sebagai minat dan hobi. Beliau sering mewakili sekolah dalam aktiviti seni mempertahankan diri iaitu persilatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, pengetahuan ICT dan ilmu perniagaan adalah rendah dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM250 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan barangannya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM 400 sebulan.

CELIK IT - NUR HANNI QISTINA ZACMIC BINTI ZAKARIA

 Nama :   Nur Hanni Qistina Zacmic
 Umur :   10 Tahun
 Ahli :   2019

Latar belakang

Nur Hanni Qistina merupakan anak perempuan tunggal dari empat adik beradik. Beliau merupakan pelajar yang aktif disekolah. Sikapnya yang peramah dan suka membantu, menjadikan beliau disayangi oleh kawan-kawan dan guru sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah tahap kosong. Beliau tidak tahu menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan PI, banyak ilmu ICT yang dipelajari dan beliau mampu mencari bahan rujukan  kerja sekolah dan telah menguasai banyak ilmu IT antaranya microsoft word dan power point.

1. NURUL SYAZWANI BINTI MOHD NASID

Nama

:   Nurul Syazwani Binti Mohd Nasid

 Umur :   19 Tahun
 Ahli :   2014
Produk :   Wonder Cheese, Perkhidmatan cetakkan       gambar Palaroid dan menjual Casing Telefon.

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar lepasan sekolah Menengah dan disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau memilih untuk berniagaan sendiri secara kecil-kecilan disamping membantu keluarga menguruskan perbelanjaan harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat dari RM350 – RM 500 sebulan.

2. MOHD HAZRI NAZRIMI BIN ABDULLAH

Nama

:  Mohd Hazri  Nazrimi Bin Abdullah

 Umur :  21 Tahun
 Ahli :  2014
Produk :  Perniagaan Makanan Barat.

Latar belakang

Mohd Hazri Nazrimi merupakan anak bongsu dalam keluarga dan memilih untuk berniaga bagi membantu keluarganya. Beliau mengambil inisiatif untuk membuka kedai “western Food” memandangkan masih belum terdapat kedai seperti ini di Pekan Naka. Beliau cuba memberi kelainan dalam citarasa pengguna di Daerah tempat tinggalnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM 3000 sebulan.

CELIK IT - ANIS NABILA BINTI MUHAMAD

 Nama :   Anis Nabila Binti Muhamad
 Tahun :   2019
 Umur :  11 Tahun

 

Latar belakang

Anis Nabila Binti Muhamad merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarganya, oleh itu beliau sering ditemani oleh ibunya ketika melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet Pekan Naka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah kosong. Tiada pengetahuan dalam ilmu IT walaupun sekadar asas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu setelah terlibat dengan PI, beliau telah mampu melayari internet dan menaip kerja sekolah.

 Nama : Farhana Hanim Binti Abdul Latif
 Umur : 29 Tahun
 Ahli : 2017
Produk : Kecantikkan & Kesihatan

Latar belakang

Puan Farhana merupakan seorang wanita bekerjaya yang menjaga keterampilan dengan menitikberatkan kecantikan luar dan dalam. Baginya setiap wanita berhak untuk sentiasa sihat dan cantik. Oleh itu beliau memilih untuk menjadi konsultant Mary Kay sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI Puan Farhana memasarkan produknya melalui Facebook, Instagram dan Email. Manakala pendapatan .beliau sebulan hanya RM 1000-2000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PI, beliau sering membuat kelas solekan dan penjagaan wajah kepada penduduk sekitar. Dalam mengadakan kursus dan menyedarkan golongan wanita mengenai pentingnya penjagaan kulit wajah, beliau dapat meningkatkan jualan produk Mary Kay dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 2500 – RM4000 sebulan. Disamping meningkatkan jualannya,melalui Pusat Internet juga, beliau dapat menikmati pelbagai hadiah dari majikan kerana dapat meningkatkan pengguna dan mencapai target mengadakan kelas kepada peserta kursus.

 

 

 

1. SITI ZULAIKHA BINTI MOHD ROSDI

Nama  :   Siti Zulaikha Binti Mohd Rosdi
 Umur  :   25 Tahun
 Ahli  :   2018
Produk :    Char Kuey Teaw & Kek

 Latar belakang

Puan Zulaikha merupakan seorang yang sangat berbakat dalam bidang masakan,beliau mampu memasak pelbagai jenis masakan melayu, kek, dan kuih. Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang masakan, beliau bersama suami mengusahakan kedai makan. Antara menu yang paling digemari oleh pelanngan ialah char kuey teow.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, pengetahuan ICT adalah kosong. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan barangannya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM 3000 sebulan.

2. WAN SUHANA BINTI SULLEHHUDIN

Nama :  Wan Suhana Binti Sullehhudin
 Umur :  19 Tahun
 Ahli :  2019
Produk : Seaweep Chips

 Latar belakang

Wan Suhana merupakan pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Beliau merupakan anak sulung dari 6 adik beradik. Menjalankan perniagaan makanan kering Seaweep Chips yang kini menjadi fenomena atau kegilaan dikalangan masyarakat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Naka beliau kini dapat mempromosikan produknya di media sosial, seterusnya meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mampu mencecah RM300 – RM 500 sebulan.

CELIK IT - Nur Shafizah Balqis Binti Mohd Sahhidan

Nama :   Nur Shafizah Balqis Binti Mohd Sahhidan
 Tahun :   2019
 Umur :  12 Tahun

 

Latar belakang

Nur Shafizah Balqis merupakan anak kedua dari tiga adik beradik dan sering mengunjungi Pusat Internet bersama kakaknya.  Selain datang ke PI untuk mencari bahan rujukan pembelajaran, beliau juga sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menjadi ahli PI, tahap pengetahuan ICT beliau adalah kosong. Tiada pengetahuan dalam ilmu IT walaupun sekadar asas. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun begitu setelah terlibat dengan PI, beliau telah mampu melayari internet dan menaip kerja sekolah.

 Nama  Hashimah Binti Mohamad
 Umur  32 Tahun
 Ahli  2017
Produk Membuat tempahan pakaian (Melayu Moden &    Tradisional, Track Suit, Kemeja, T-Shirt, Blaus   dan pelbagai jenis tudung wanita.

 Latar belakang

Puan Hashimah merupakan seorang ibu yang mempunyai dua orang anak dan seorang isteri yang sangat rajin. Dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu beliau sangat komited terhadap kerja dan mempunyai citarasa tinggi dalam menyiapkan tempahan yang di tempah oleh pelanggan.rata-rata pelanggannya yang terdiri dari pelbagai peringkat umur sangat berpuashati dengan hasil tempahan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan memandangkan pelanggan hanya terdiri dari kenalan dan penduduk sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Niat pertama beliau ke Pusat Internet Pekan Naka adalah untuk membuat senarai harga tempahan pakaian untuk rujukan pelanggannya, Melalui kunjungan itu, beliau didedahkan dengan ilmu IT dan cara untuk mempromosikan perkhidmatan dan barangan usahawan. Beliau berminat dan terus mendaftar sebagai ahli PI. Setelah Berjaya mempromosikan perkhidmatan beliau di Facebook pendapatan beliau meningkat sekitar RM 1000 sehingga RM 2500 sebulan. Beliau juga memperolehi banyak ilmu dalam kelas yang dihadiri di Pusat Internet Pekan Naka.