CELIK IT - NURUL ASMA NADIA BINTI ABDULLAH

 Nama  Nurul Asma Nadia Binti Abdullah
 Tahun  2017
 Umur  10 Tahun

 

Latar belakang

Nurul Asma Nadia Binti Abdullah merupakan pelajar Sekolah Keb. Naka dan merupakan pelajar darjah 4 yang cemerlang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi Ahli Pusat Internet Asma Nadia tidak mempunyai pengetahuan ICT walaupun pengetahuan asas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Pekan Naka, beliau kini mampu melayari internet dan mencetak bahan-bahan tugasan sekolah yang diberikan oleh cikgunya.

Selain itu, kemahiran menggunakan komputer seperti mengedit gambar dan menonton video melalui you tube turut diperolehinya selepas menjadi ahli di Pusat Internet.

Bercirikan sebuah Pekan, terdapat ramai penduduk yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang rata-ratanya terdiri daripada penduduk asal Pekan Naka. Tujuan utama menjana punca pendapatan dan mempelbagaikan kegiatan perniagaan di Pekan Naka, Antara usahawan yang terlibat ialah :-

1. ZAINAB BINTI ABU BAKAR

 Nama  :  Zainab Binti Abu Bakar
 Umur  :  20 Tahun
 Ahli  :  2017
Produk :   Kecantikkan & Kesihatan

 

Latar belakang

Zainab Binti Abu Bakar usahawan kecil di Pekan Naka, Daerah Padang Terap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Zainab merupakan usahawan kecil yang rata-rata penduduk sekitarnya terdiri dari masyarakat yang berpendapatan kecil dan tinggal di kampung. sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT, pelanggan beliau terdiri daripada penduduk setempat dan jiran-jiran yang berdekatan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan penglibatan beliau dalam program kraftangan yang diadakan oleh PI Pekan Naka, beliau turut didedahkan dengan kebolehan usahawan tempatan memasarkan produk mereka ke luar kawasan melalui pemasaran/pengiklanan diatas talian. Sejak dari itu, Beliau sering datang ke PI Pekan Naka untuk mempelajari teknik-teknik pemasaran atas talian seterusnya melalui perkongsian ilmu dengan rakan-rakan alam maya (Rakan Facebook) beliau berjaya meningkatkan kadar permintaan pengguna terhadap produk kecantikkan dan kesihatan dan seterusnya meningkatkan pendapatan beliau

 

CELIK IT - NADIA BINTI ROZI

 Nama  Nadia Binti Rozi
 Tahun  2017
 Umur  8 Tahun

Latar belakang

Nadia Merupakan pelajar sekolah rendah yang tinggal jauh dari pekan Naka. Jarak antara rumah beliau dengan Pusat Internet Pekan Naka kira-kira 30 kilometer, namun begitu bagi memenuhi minat beliau yang suka mewarna dan melukis beliau sering mengunjungi PI Pekan Naka bagi mendapatkan bahan tersebut (Lakaran Lukisan).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Nadia langsung tidak mempunyai ilmu IT, dan keinginan untuk memenuhi hobi dan minatnya sangat terbatas. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui Pusat Internet, Nadia mempelajari cara untuk melayari internet, cara menaip dan edit gambar. Beliau dapat memilih pelbagai lakaran yang terdapat dalam internet untuk memenuhi minatnya. Setelah banyak ilmu IT yang dipelajarinya di Pusat Internet Pekan Naka, beliau juga tidak kekok menaip dan mencari bahan rujukan untuk aktivitinya di sekolah.

 Nama  Mohamad Amiruddin Bin Abdul Razak
 Umur  23 Tahun
 Ahli  2017
Produk  Menternak Ikan Air Tawar (Talapia & Keli)

Latar belakang

Encik Amir merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Sebelum menjadi usahawan ikan air tawar, beliau merupakan seorang penoreh getah dan mula berkecimpung dalam aktiviti penternakan memandangkan industri berasaskan sumber makanan sangat menggalakkan dan sebagai tambahan untuk pasaran dalam negara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM350 sahaja sebulan memandangkan pelanggan adalah dalam kalangan kenalan dan penduduk tempatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Peluang menghadiri bengkel dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Pekan Naka banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran serta pasaran semasa. Walaupun hanya menggunakan WhatsApp, kini pendapatan beliau meningkat sekitar RM 300 sehingga RM 450. Disamping itu, beliau dapat mempelajari kaedah pemasaran produk dan menimba ilmu dari kenalan baru yang dikenali melalui kursus yang dihadiri. Contohnya seperti kursus MIV di Grand Alora Hotel.

2. Pasaraya MJ Waninna Enterprise

Merupakan sebuah Pasaraya yang menjalankan perniagaan runcit dan diusahakan oleh Puan Nur Syazana Adibah Binti Dzulkifli. Kedudukannya yang berdekatan dengan jalan utama dan berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Naka menjadi tumpuan pengunjung. Disamping itu, Pasaraya ini menyediakan pelbagai barangan dan suasana yang selesa dan ruang yang luas memudahkan pelanggan yang datang untuk membeli barang keperluan mereka. Bagi memastikan aktiviti pasaraya berjalan dengan lancar Puan Nur Syazana menggaji lima orang pekerja yang terdiri daripada penduduk setempat. aturan kerja adalah secara bergilir-gilir.

3. Naka Dobi

Diusahakan oleh Encik Zahid yang merupakan penduduk tempatan. Beliau Mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2013 Perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan adalah cucian secara Pro. Dengan memiliki dua orang pekerja aktiviti En. Zahid agak terbatas dan memerlukan tempoh perkhidmatan yang kadang kala mencecah 4 hingga 6 hari sekiranya tiba musim perayaan.

Kedudukan kedainya yang berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Naka dan berdekatan dengan jalan raya menjadikan Naka Dobi sebagai dobi yang mudah dikunjungi.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah :-

- Mencuci Karpet, pakaian, toto, cadar, selimut, anak patung dan pelbagai jenis kain.

- Seterika Pakaian

Selain itu, pada tahun 2020, Pekan Naka turut dilengkapi perkhidmatan Dobi layan diri 24 jam. 

4. Chalet Bayu Naka
Nak rasa suasana kampung tapi penuh dengan aktiviti,jom check in resort Chalet Bayu Naka. Serius pasti anda tak akan menyesal. Kena awal taw booking sebab selalu penuh tambah musim cuti.
Apa yang menariknya, Chalet Bayu Naka ni, kalau musim buah penginap di situ boleh makan buah dalam dusun ni. Ada durian,serius sedap durian dia, tangkai panjang la n macam-macam lagi, tapi bukan untuk dibawa balik yaa owner murah hati bagi makan di situ.
ATV ,memanah dan mandi kolam untuk kanak-kanak,barbeque dan macam-macam lagi

5. Sri Juluk Resort

Merupakan Resort Pertama yang ditubuhkan di Pekan Naka. Diusahakan oleh Pasangan suami isteri yang merupakan cikgu sekolah menengah. Pengusaha dikenali sebagai Encik Ahmad Sabri. Sri juluk beralamat di Lot 15, Kg Juluk, Naka, Kedah, Malaysia, menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhemahan dan Motivasi kepada pelajar sekolah. Suasana perkampungan yang tenang dan penuh dengan kehijaun tumbuh-tumbuhan menjadikan Sri Juluk Resort sebagai tempat yang paling sesuai untuk percutian. Kedudukan yang tidak jauh dari Pekan Naka memudahkan pelanggan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diinginkan, tidak seperti sesetengah Resort yang kedudukannya sangat jauh dari Pekan.